Amazon Prime Video, perkhidmatan penstriman milik Amazon, akan menayangkan beberapa filem terbaharu India yang sebelum ini dijadualkan untuk tayangan di pawagam.
India berada dalam perintah berkurung sejak 25 Mac lalu, menyebabkan 9,500 pawagam di negara itu ditutup, sekali gus menyaksikan penyusutan ketara pendapatan industri perfileman mereka.
Sebagai alternatif, pengeluar tujuh filem, termasuk dua filem Bollywood yang dibintangi oleh aktor terkemuka, Amitabh Bachchan dan Vidya Balan, akan menayangkan filem mereka di Amazon Prime Video.
'Gulabo Sitabo', sebuah komedi keluarga yang dibintangi Bachchan dan Ayushmann Khurrana yang sepatutnya sudah memasuki pawagam April lalu, akan ditayangkan di Amazon Prime Video Jun depan.
Perkembangan ini mencetuskan rasa tidak puas hati pemilik pawagam.
Dua rangkaian pawagam terbesar di India, Inox dan PVR, yang sepatutnya menayangkan filem berkenaan, kesal dengan keputusan yang diambil pihak penerbit dan pengedar.
Penganalisis bagaimanapun berpendapat perjanjian dengan Amazon di India berkemungkinan merupakan satu permulaan trend baharu yang disebabkan kebimbangan terhadap wabak COVID-19.
Ia juga memberi opsyen kepada orang awam yang mahu berjimat sepanjang tempoh masa yang tidak menentu ini.
"Pengeluar dan produksi perlu memikirkan kembali cara kerja serta portfolio mereka," kata Ketua Pengarah Isi Kandungan, Amazon Prime Video India, Vijay Subramaniam, kepada Reuters.
Kajian terbaharu menunjukkan penonton menghabiskan lebih banyak masa dalam talian berbanding sebelum ini, didorong harga telefon pintar yang semakin murah dan orang ramai kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah.
Bollywood merupakan penyumbang terbesar bagi menarik penonton melayari internet di India.
Reuters
Fri May 15 2020

9,500 pawagam di India ditutup, sekali gus menyaksikan penyusutan ketara pendapatan industri perfileman mereka. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Pengeluar filem Bollywood pilih strim filem baharu dalam talian
9,500 pawagam di India ditutup, sekali gus menyaksikan penyusutan ketara pendapatan industri perfileman mereka.