TEHRAN: Pengarah filem tersohor Iran, Dariush Mehrjui, 83, dan isterinya ditemukan maut selepas ditikam individu tidak dikenali di kediaman mereka, di sini, pada Sabtu lalu.
Media antarabangsa melaporkan, Mehrjui dan isteri beliau, Vahideh Mohammadifar ditemukan berlumuran darah dengan kesan tikaman di leher.
Mayat pasangan suami isteri itu ditjumpai anak mereka, Mona Mehrjui yang pulang ke rumah tersebut bagi menziarahi ibu bapanya.
Pihak berkuasa tempatan yang menyiasat insiden itu tidak menyatakan sebarang motif pembunuhan meskipun Vahideh sebelum ini mengadu tentang ancaman bunuh diterimanya di media sosial.
Siasatan awal polis mendapati, "tiada tanda-tanda pencerobohan di tempat jenayah" dan "tiada kerosakan telah berlaku pada pintu" kediaman pasangan itu.
Bagaimanapun, polis memakulam, "jejak telah ditemui" di tempat kejadian yang dipercayai "berkaitan dengan pembunuh."
Menurut agensi berita ISNA Iran, yang memetik kenyataan ibu pejabat polis, empat suspek yang disyaki telah dikenal pasti dengan kes ini dan dua daripada mereka telah ditangkap.
Dilahirkan pada 8 Disember 1939 di Tehran, Mehrjui merupakan graduan University of California dalam pendidikan filem pada tahun 1960 sebelum kembali ke Iran dan melancarkan majalah sastera serta menghasilkan filem pertamanya, "Diamond 33" pada tahun 1967 iaitu naskhah parodi kepada siri James Bond.
Sepanjang berkarya, banyak hasil kerja Mehrjui yang mendapat perhatian ramai termasuk filem "Mr Gullible" (1970) dan "The Cycle" (1977) sebelum beliau membuat keputusan meninggalkan Iran selepas Revolusi Islam pada 1979.
Antara tahun 1980 dan 1985, beliau tinggal di Perancis dan menghasilkan dokumentari "Journey to the Land of Rimbaud" (1983).
Sekembali ke tanah air, kerjayanya kembali ke puncak apabila menghasilkan filem "The Tenants" (1987).
Pada tahun 1990, beliau mengarahkan "Hamoun," sebuah komedi gelap yang menunjukkan kehidupan 24 jam seorang intelek yang terganggu oleh perceraian dan kebimbangan psikologi dalam Iran yang dicetuskan oleh dua syarikat teknologi masyhur ketika itu.
Sepanjang tahun 1990-an, Mehrjui juga menggambarkan kehidupan wanita dalam naskhah "Sara" (1993), "Pari" (1995) dan "Leila" (1997), sebuah melodrama mengenai seorang wanita mandul yang memberi dorongan kepada suaminya untuk berkahwin dengan wanita lain.
Beliau pernah menerima anugerah Silver Hugo pada penganjuran Chicago International Film Festival 1998 dan Golden Seashell sempena San Sebastian International Film Festival (1993). - Agensi
Agensi
Sun Oct 15 2023
![Pengarah filem Iran Dariush Mehrjui, isteri mati dibunuh di rumah Pengarah filem Iran Dariush Mehrjui, isteri mati dibunuh di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697407185_DariushMehrjui.jpg)
Dariush Mehrjui dan isterinya, Vahideh Mohammadifarditemukan maut selepas ditikam individu tidak dikenali di kediaman mereka, di Tehran, Iran, pada Sabtu lalu. - Gambar fail AP
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Pengarah filem Iran Dariush Mehrjui, isteri mati dibunuh di rumah Pengarah filem Iran Dariush Mehrjui, isteri mati dibunuh di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697407185_DariushMehrjui.jpg)
Pengarah filem Iran Dariush Mehrjui, isteri mati dibunuh di rumah
Dariush Mehrjui dan isteri, Vahideh Mohammadifar ditemukan berlumuran darah dengan kesan tikaman di leher.