JIKA sebelum ini tersebar gambar yang memaparkan gambar watak dalam filem seram Jepun, Ju-On ditampalkan di dalam tandas dan pintu, kini giliran gambar watak Mawarni Suwono menerusi filem Pengabdi Setan menerima nasib serupa.
Menurut pengarah filem berkenaan, Joko Anwar, watak yang dijayakan oleh Ayu Laksmi dalam filem reboot arahannya itu ditampal dalam tandas di beberapa buah pusat membeli belah di Bangkok.
Ia dipercayai sebagai sebahagian dari promosi filem Pengabdi Setan yang ditayangkan di negara tersebut.
Bagaimana apa yang lucu, sesetengah netizen menyifatkan 'kerja nakal' itu dilakukan oleh cleaner yang bekerja pada shift malam.
"Mereka pasang gambar ibu Mawarni di dalam toilet pada waktu malam supaya tiada siapa yang berani memasuki tandas dan mereka boleh bersihkan tandas dengan cepat serta pulang lebih awal," ujar seorang netizen.
Bukan itu sahaja, ada antara netizen yang mengakui akan berpatah balik sekiranya ternampak poster tersebut di dalam tandas pada waktu malam.
Ada juga yang menyifatkan idea untuk menampalkan gambar Ayu Laksmi itu sebagai idea bernas untuk mempromosikan filem tersebut.
Sinar Harian
Tue Feb 27 2018
Netizen sanggup patah balik dari masuk ke tandas yang ditampal dengan watak Mawarni Suwono menerusi filem Pengabdi Setan. -Foto Sinar harian
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Pengabdi setan di dalam tandas
Gambar watak Mawarni Suwono menerusi filem Pengabdi Setan ditampal di dalam tandas dan pintu di beberapa buah pusat membeli belah di Bangkok.