ACTIVISION Blizzard, Microsoft, Meta dan Daniel Defense pada Sabtu disaman oleh dua ibu bapa yang kehilangan anak mereka dalam serangan bersenjata di Uvalde, Texas.
Dalam serangan yang berlaku di Robb Elementary School pada 24 Mei 2022, seramai 19 pelajar dan 2 guru meninggal dunia ditembak oleh Salvador Ramos yang merupakan seorang bekas pelajar.
Dalam writ saman yang difailkan, Activision Blizzard disaman kerana menerbitkan permainan video Call of Duty (COD) yang didakwa digunakan untuk mengiklankan senjata Daniel Defense yang digunakan dalam serangan.
Meta pula didakwa tidak mengawal kandungan pengiklanan yang mendedahkan remaja lelaki kepada senjata.
Akhir sekali, Microsoft turut terpalit kerana mereka kini memiliki Activision Blizzard.
Salvador Ramos ialah seorang peminat permainan COD dan menggunakan Instagram yang digunakan Daniel Defense untuk mengiklankan produk mereka. Ini bukan kali pertama permainan video dipersalahkan selepas berlakunya serangan ke atas sekolah.
Selepas insiden serangan di Columbine pada tahun 1999, permainan video Doom dan muzik Marilyn Manson dipersalahkan kerana didakwa menjadikan Eric Harris dan Dylan Klebold ganas sehingga menyerang sekolah. Seramai 12 pelajar dan seorang guru meninggal dunia di Columbine yang dilihat sebagai pemula epidemik insiden tembak menembak massal di sekolah Amerika Syarikat.
Sumber: Reuters
Amanz
Sun May 26 2024
Activision Blizzard, Microsoft, Meta dan Daniel Defense disaman ibu bapa yang kehilangan anak dalam serangan bersenjata di Uvalde, Texas pada 2022. - Gambar fail/REUTERS
Polis siasat penemuan mayat terbakar berhampiran stesen KTM Serdang
Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar pada badan ditemukan berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, di sini hari ini.
Kerajaan tidak berhasrat tangguh laksana kerangka kawal selia, pelesenan media sosial - Fahmi
Kerajaan tidak berhasrat untuk menangguhkan pelaksanaan kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial.
Longkang runtuh di Kampung Kerinchi: DBKL ambil langkah awal
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan pihaknya sudah mengambil tindakan mengenai kejadian itu.
Berita Terkini Kita: Rumah Merdeka | Inspirasi sejarah, semai patriotisme
Rumah Merdeka mempunyai keunikan nilai sejarah tersendiri, di samping memberi inspirasi kepada pengunjung untuk memahami lebih mendalam mengenai nilai-nilai perjuangan dan patriotisme.
Tanah jerlus Masjid India: Anjing pengesan dibawa ke lokasi kejadian
Setakat ini, hanya seekor anjing bersama anggota pengendali memasuki kawasan pencarian.
Arab Saudi iktiraf pencapaian Malaysia dalam pengurusan jemaah haji
Kejayaan kerajaan Malaysia dalam pengurusan jemaah haji melalui Tabung Haji boleh menjadi model terbaik untuk dicontohi dan diterapkan negara lain.
Tutup tirai dengan penjenamaan semula, bertaraf acara global
Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia (AITEX) 2024 yang berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos berlangsung dengan jaya dan berakhir dengan cemerlang.
AirAsia lancar dua lagi laluan baharu ke China
AirAsia akan memperluas rangkaiannya di China pada separuh tahun kedua ini dengan melancarkan laluan baharu mengubungkan Pulau Pinang-Shenzhen dan Kota Kinabalu-Shantou.
AS tawar ganjaran AS$2.5 juta untuk penggodam dari Belarus
Ganjaran itu ditawarkan ke atas Kadariya, 38, kerana didakwa terlibat dalam organisasi perisian hasad.
Malaysia catatkan lebih dari 1.4 juta ketibaan dari China setakat Jun
Jumlah itu adalah peningkatan memberangsangkan sebanyak 190.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2023 yang menyaksikan 498,540 ketibaan.
Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika
Activision Blizzard disaman kerana menerbitkan permainan video Call of Duty yang didakwa digunakan untuk mengiklankan senjata Daniel Defense.