MELLY Goeslaw mengejutkan peminat apabila membawa pesohor Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow sebagai penyanyi jemputan pada Ada Apa Dengan Melly & Friends By Iman Tang Malam Graduasi.
Joe yang menerima tepukan gemuruh menjadi teman rapper Melly menggantikan penyanyi asal, Ari Lasso untuk lagu Jika.
Selain Joe, Melly turut ditemani penyanyi yang mencipta sensasi di peringkat antarabangsa iaitu Puteri Ariani berduet menyampaikan lagu Cinta yang dipopularkan bersama Kris Dayanti.
Konsert yang berlangsung di Axiata Arena itu juga menyaksikan Melly mendendangkan lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diciptakan olehnya berjudul Biarlah Rahsia.
Tidak meninggalkan tanggungjawab sosial, Melly secara spontan menghasilkan lagu yang ditujukan buat Palestin hasil bersama dua peminat yang mengalirkan idea untuk lirik sambil 10 ribu mengibarkan bendera Palestin.
Konsert juga sukses apabila dibanjiri dengan peminat yang sporting hadir menurut tema memakai pakaian sekolah.
Melly Goeslaw pada Ada Apa Dengan Melly & Friends By Iman Tang Malam Graduasi merupakan kesinambungan konsert pertama yang berlangsung sukses tahun lalu di Planery Hall. -Gempak
Gempak
Sun Jun 02 2024

Melly Goeslaw pada Ada Apa Dengan Melly & Friends By Iman Tang Malam Graduasi merupakan kesinambungan konsert pertama yang berlangsung sukses tahun lalu di Planery Hall. -Gempak
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Peminat berbaju sekolah, Joe Flizzow dan Puteri Ariani gamatkan konsert graduasi Melly Goeslaw
Melly turut ditemani penyanyi yang mencipta sensasi di peringkat antarabangsa iaitu Puteri Ariani berduet menyampaikan lagu Cinta yang dipopularkan bersama Kris Dayanti.