Tiket yang mula dijual hari ini di pusat membeli belah di ibu kota, Fahrenheit 88 sudah hampir habis dijual dan ianya mendapat pelbagai reaksi menarik dari orang ramai menerusi laman sosial Twitter.
Ratusan warga Malaysia beratur seawal 7.30 pagi tadi berpusu-pusu membeli tiket konsert kumpulan Rock pujaan mereka.
Klik video untuk melihat suasana di Fahrenheit88 ketika peminat Metallica beratur membeli tiket sambil menyanyi lagu kegemaran mereka. (Video dirakam oleh pengguna laman Instagram - azadjohari).
Ada juga yang sanggup menuju ke Kuala Lumpur dari seluruh Malaysia semata-mata untuk membeli tiket konsert Metallica yang telah lama dinanti-nantikan.
Tiket yang laris dijual dikatakan sudah hampir habis dijual sekitar jam 11 pagi tadi.