PELAKON yang memenangi anugerah Oscar dua kali dan bekas ahli politik UK, Glenda Jackson, meninggal dunia pada usia 87 tahun, kata ejennya yang disahkan oleh PA Media.
Lahir di bandar barat Birkenhead di England pada tahun 1936, Jackson menyertai sebuah kumpulan teater amatur ketika remaja sebelum memenangi biasiswa ke Royal Academy of Dramatic Art di London.
Selepas tamat pengajian, beliau berlakon di West End London dan membuat penampilan sulungnya di Broadway pada tahun 1965 dalam persembahan pentas, "Marat/Sade."
Beliau memenangi Anugerah Akademi pertamanya untuk Pelakon Wanita Terbaik bagi wataknya bersama Oliver Reed dalam drama zaman 1969, "Women in Love" manakala yang kedua diperolehi untuk komedi romantik tahun 1973, "A Touch of Class".
Pada tahun 1992, beliau beralih ke dunia politik dan menjadi ahli Parlimen Parti Buruh semasa parti itu dalam pembangkang.
Beliau menjadi ahli Parlimen selama 23 tahun, di mana parti beliau berjaya mengambil alih kuasa secara besar-besaran di bawah bekas Perdana Menteri Tony Blair.
Agensi
Thu Jun 15 2023

Pelakon yang memenangi anugerah Oscar dua kali dan bekas ahli politik UK, Glenda Jackson, meninggal dunia pada usia 87 tahun. - Gambar fail/REUTERS

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Pemenang Oscar dua kali Glenda Jackson meninggal dunia
Pelakon yang memenangi anugerah Oscar dua kali dan bekas ahli politik UK, Glenda Jackson, meninggal dunia pada usia 87 tahun.