INDUSTRI hiburan antarabangsa hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pemuzik Taylor Hawkins yang juga pemain drum kumpulan terkenal Foo Fighters hari ini.

Hawkins meninggal dunia pada usia 50 tahun.

Tiada sebarang kenyataan mengenai sebab kematian mendiang dimaklumkan, namun, anggota band berkenaan menyifatkan pemergian Hakwins sebagai sesuatu yang ‘tragik dan kehilangan yang amat mendukacita’.

Foo Fighters kini sedang dalam rangka jelajah persembahan di Amerika Selatan.

Hawkins dan pengasas Foo Fighters, Dave Grohl dilihat sebagai wajah dan penggerak utama band berkenaan sehingga mengangkat kumpulan itu pada kedudukan hari ini.

Mendiang Hawkins sudah 25 tahun menjadi sebahagian daripada anggota Foo Fighters yang mula ditubuhkan sejak 28 tahun lalu.

Dia menggantikan pemain drum asal William Goldsmith pada 1997.