PELAKON veteran yang dikenali sebagai Pak Jabit meninggal dunia di Lanchang, Pahang kira-kira pukul 7.10 pagi Khamis.

Berita kematian itu dimaklumkan oleh anaknya menerusi laman sosial Facebook.

Allahyarham atau nama sebenarnya, Man Kadir Samsi menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan di Lanchang pada usia 68 tahun.

Pak Jabit mula terkenal dalam beberapa filem komedi kebanyakannya arahan Mamat Khalid iaitu Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Nama Pak Jabit itu adalah salah satu wataknya dalam Zombi Kampung Pisang yang ditayangkan di pawagam pada 2007.

Jenazah dikebumi di Tanah Perkuburan Islam, Rantau Panjang, Lanchang selepas solat Zohor pada Khamis.