Pelakon Wan Maimunah Abdul Aziz, 62, yang dimasukkan ke Hospital Jasin sejak Khamis lalu berikutan mengalami bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru kini berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang ke rumah petang ini.
Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk Irwanshah Abdullah @ DJ Dave berkata keadaan kesihatan pelakon veteran itu semakin beransur pulih dan doktor turut menasihatinya supaya banyak berehat apabila keluar dari hospital.
"Keadaan Wan Maimunah semakin sihat dan sudah mampu senyum dan ketawa apabila dikunjungi rakan-rakan serta saudara mara. Kami akan sentiasa mendoakan agar dia sembuh secepat mungkin," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Turut hadir Anggota Pemegang Amanah YA1M Datuk A. Rahman Hassan, isterinya yang juga pelakon Datin Fadillah Mansor, dan Pengurus Besar YA1M Lisza Abd Kadir, yang meluangkan masa kira-kira sejam menemani aktres itu selain menyerahkan sumbangan bagi meringankan bebannya.
YA1M yang dilancarkan pada 11 Nov 2012, merupakan satu badan untuk memajukan kebajikan warga artis tanah air, khasnya anggota yayasan, melalui bantuan meliputi kesihatan, khairat/derma kematian dan bencana.
Sementara itu, Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu, gembira dan terharu kerana tidak menyangka ada pihak masih mengingatinya dan sudi meluangkan masa melawatnya yang kini sedang sakit.
"Terima kasih tidak terhingga ibu ucapkan kepada semua. Ibu juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan dan saudara mara kerana tidak memaklumkan kepada mereka tentang keadaan kesihatan ibu. Ada juga yang marah...bukan ibu tidak mahu beritahu tetapi ibu merasakan sakit ibu tidak begitu teruk," katanya.
Ibu tunggal dua anak itu yang baru menunaikan umrah baru-baru ini, berkata sebelum ini beliau sering berasa sakit di bahagian dada sehinggalah dia ditahan di hospital itu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Ketika itu, ibu hendak menarik nafas pun tidak boleh. Rasa sempit. Semakin ibu panik, semakin itulah ibu rasa sempit. Hinggakan ibu rasa dah nak mati ke aku ni Ya Allah. Sekarang Alhamdulillah, ibu syukur keadaan kesihatan semakin stabil," katanya.
Wan Maimunah yang terkenal dengan watak Mak Usu menerusi sitkom popular 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu', pernah memenangi kategori Artis Komedi Wanita Popular dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama lima tahun berturut-turut dari 1992 sehingga 1996.
Beliau menceburi bidang lakonan sejak 1972 dan merupakan pelakon serba boleh yang mampu membawakan apa sahaja watak diberikan, selain lebih terkenal dengan watak air mata yang paling melekat di hati peminat. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 30 2016

Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Jasin sejak Khamis lalu berikutan mengalami bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru. - Foto Astro Gempak

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Pelakon Wan Maimunah kini stabil
Pelakon Wan Maimunah yang dimasukkan ke Hospital Jasin sejak Khamis lalu berikutan mengalami bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru kini berada dalam keadaan stabil.