PELAKON veteran, Datuk Kenny Chan dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah hospital di Melaka pada petang Selasa (12 Jun).
Berita dukacita itu disahkan oleh isterinya, Fern Loo.
"Dia dimasukkan ke hospital pada hari Isnin kerana jangkitan paru-paru. Kami fikir dia akan pulih," katanya.
Mendiang yang berusia 68 tahun mempunyai tiga orang anak iaitu Darrick, Allen dan Shalyn.
Chan terkenal dengan peranannya sebagai Bibik Kim Neo di Baba Nyonya TV1.
Manakala Chee Hood Siong pula yang memainkan sahabat Bibik Kim Neo, Ah Chim. Chee meninggal pada tahun 2011.
BACA: Hilangnya sebutir bintang, Aunty Lai Meng 'Empat Sekawan' meninggal dunia
Siri komedi tersebut mendapat pengiktirafan Malaysian Book Of Records sebagai siri TV paling lama di negara ini, yang berlangsung dari tahun 1980-an hingga 2000, dengan jumlah keseluruhan 509 episod.
Selepas tayangan sitkom itu berakhir, Chan berpakaian sebagai watak ikoniknya sekali lagi dan muncul dalam muzik video Nasi Lemak 2.0 nyanyian Namewee.
Selain itu, Chan juga seorang yang bersemangat dengan masakan Peranakan dan membuka sebuah restoran, Big Nyonya, di Melaka. - Sumber: Star2
Gempak
Wed Jun 13 2018
Chan (kanan) terkenal dengan peranannya sebagai Bibik Kim Neo dalam siri Baba Nyonya TV1 RTM.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Pelakon legenda Baba Nyonya, Datuk Kenny Chan meninggal dunia
Pelakon veteran, Datuk Kenny Chan dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah hospital di Melaka pada petang Selasa (12 Jun).