LOS ANGELES: Industri hiburan Hollywood menganggarkan seramai 160,000 penggiat perfileman akan turun padang bagi menyertai mogok pada hari Jumaat berikutan rundingan antara wakil pelakon dengan penerbit gagal gagal mencapai kata sepakat.
Anggaran jumlah pekerja profesional sektor itu yang bakal sertai mogok berkenaan menyebabkan kesemua mereka akan berhenti bekerja mulai tengah malam.
Portal-portal berita antarabangsa melaporkan, Screen Actors Guild dan American Federation of Television and Radio Artists (SAG-AFTRA) mendakwa, penerbit-penerbit filem gagal memenuhi tuntutan mereka dengan tidak memberikan bayaran yang setanding dengan populariti dan sumbangan pelakon.
SAG-AFTRA merupakan kesatuan sekerja yang menaungi 160,000 pelakon, penyampai radio, wartawan penyiaran, penari, deejay-deejay kelab, penulis, pengacara TV, artis rakaman, penyanyi, pelakon aksi lasak dan banyak lagi kerjaya media profesional lain.
Kesatuan itu juga mendesak gergasi-gergasi penstriman yang menerbitkan filem agar berkongsi keuntungan sama rata selain menawarkan persekitaran pekerjaan yang menyenangkan.
Apa yang turut disuarakan SAG-AFTRA ialah jaminan daripada syarikat-syarikat penerbitan bahawa industri kreatif itu tidak akan sama sekali akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengambil alih tugas pelakon-pelakon.
Pada Rabu lalu, SAG-AFTRA mengumumkan rundingan yang diadakan dengan hampir kesemua studio utama Hollywood gagal mencapai kesepakatan yang pada penghujungnya menyebabkan industri hiburan itu akan melancarkan mogok.
Seandainya, rancangan mogok ini berjalan lancar, sebilangan besar kerja produksi sama ada untuk penerbitan filem dan televisyen Amerika Syarikat akan terhenti.
Bahkan, kerja-kerja penggambaran yang sedang dalam proses penerbitan juga berkemungkinan akan terhenti sekali gus menyebabkan filem-filem yang dirancang untuk ditayangkan pada masa depan akan berhadapan dengan kesulitan.
Sejak beberapa bulan terakhir, rundingan antara syarikat-syarikat pengurusan pelakon dan penerbit-penerbit filem telah diadakan dengan harapan mencapai kesepakatan antara kedua belah pihak.
Bagaimanapun, hasilnya sangat mengecewakan dan gagal mencapai titik persamaan.
Menurut Presiden SAG-AFTRA, Fran Drescher, seramai 160,000 orang ahli kesatuan itu termasuk pelakon yang akan mengadakan mogok mulai hari ini sedang memperjuangkan banyak isu besar berhubung profesion mereka.
"Ini adalah momen sejarah, momen kebenaran. Jika kita tidak teguh berdiri pada saat ini, kita semua akan berhadaan dengan masalah," kata Drescher dalam sidang media pada Khamis.
"Kita semua akan terancam, tugas kita digantikan oleh mesin dan perniagaan yang lebih besar, yang lebih peduli tentang Wall Street daripada kamu dan keluarga kamu."
Drescher turut mendakwa, seluruh ahli kesatuan itu adalah mangsa jerung-jerung yang hanya tahu meraih laba daripada kepayahan dan kesulitan orang lain.
"Kita adalah mangsa di sini. Kita sedang dianiaya oleh entiti yang sangat tamak," katanya.
Industri perfileman dan media Hollywood menganggarkan kerugian besar akan dialami sektor berkenaan terutama di California Selatan seandainya hal-hal kebajikan ini tidak diberi perhatian.
Kesan pada perniagaan industri berkenaan bergantung penghasilan oleh golongan yang berkecimpung dalam sektor tersebut.
Dalam sidang media itu juga, Drescher turut mengharapkan sokongan seluruh masyarakat umum untuk golongan pelakon dan pekerja industri serta memberi peringatan kemungkinan yang bakal terjadi sekiranya mereka tidak menang.
"Kita sedang dieksploitasi dengan cara yang mengerikan. Jika kita membiarkan hal ini terjadi pada kita, takdir akan menentukan bahawa hal itu akan terjadi pada kamu dan keluarga kamu, anak-anak kamu dan semua orang dengan siapa yang kamu bekerja. Inilah ancamannya dalam sejarah bangsa kita," tegasnya lagi. - Agensi
Agensi
Thu Jul 13 2023
Fran Descher dan ahli-ahli kesatuan hadir pada sidang media di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Khamis bagi mengumumkan rancangan mogok oleh pelakon-pelakon Hollywod dan pekerja industri perfileman. - Gambar REUTERS
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Pelakon Hollywood meninggal dunia akibat COVID-19
Isterinya Janet Zarish berkata mereka tidak pernah keluar negara atau berhubung dengan sesiapa yang dijangkiti.
6 pelakon yang hampir jadi ahli Avengers
Tahukah anda, bukan semua pelakon yang kini memegang watak adiwira Marvel adalah pilihan pertama pengarah atau penerbit filem berkenaan?