SEJAK 2008, Marvel Studios telah menakluk dunia dengan filem adiwira mereka di bawah projek Marvel Cinematic Universe (MCU). Dunia filem adiwira mereka dimulakan dengan filem Iron Man lakonan Robert Downey Jr. dan sehingga kini sudah 20 buah filem MCU telah ditayangkan kepada dunia.
Filem di bawah MCU juga turut dikenali sebagai filem yang melonjakkan nama-nama pelakon mereka menjadi pelakon A-list di Hollywood termasuk Chris Evans, Chris Pratt, Zoe Saldana dan ramai lagi.
Tetapi tahukah anda, bukan semua pelakon yang kini memegang watak adiwira Marvel adalah pilihan pertama pengarah atau penerbit filem berkenaan?
Berikut merupakan enam pelakon yang hampir masuk MCU dan menjadi ahli Avengers:
TOM CRUISE (Iron Man)
Downey Jr. berjaya membawa watak Tony Stark/ Iron Man dengan sangat baik sehingga ramai yang menggelar beliau Tony Stark sejati dan tiada lain yang layak untuk menggantikan beliau.
Tetapi sebelum Downey Jr., Tom Cruise hampir memegang watak adiwira itu yang juga merupakan seorang jutawan, dermawan yang genius dan playboy. Pada fikiran anda, sesuai tak kalau Cruise menjadi Tony Stark atau Iron Man?
EMILY BLUNT (Natasha Romanoff/ Black Widow/ Agent Carter)
Sudah dua kali Emily Blunt terlepas peluang menyertai MCU dan menjadi ahli Avengers. Kali pertama, pelakon cantik dan serba boleh ini ditawarkan watak Natasha Romanoff/ Black Widow di dalam filem Iron Man 2, tetapi beliau terpaksa menolak kerana pertembungan jadual penggambaran dengan filem Gulliver's Travels.
Masalah yang sama berlaku ketika kali kedua beliau ditawarkan, kali ini bagi watak Peggy Carter di dalam filem Captain America: The First Avenger. Mungkinkah jodoh kali ketiga akan menjadi?
GLENN HOWERTON (Peter Quill/Star Lord)
Glenn Howerton, pelakon siri It's Always Sunny in Philadelphia menjadi pilihan kedua pengarah filem Guardians of the Galaxy, James Gunn untuk memainkan watak Peter Quill/ Star Lord jika lakonan Chris Pratt tidak menjadi. Tetapi melihat lakonan Pratt yang baik sebagai ketua pasukan Guardians, rasanya beliau mungkin terus dikekalkan walaupun menjadi antara punca Thanos menang dalam filem Avengers: Infinity War.
JASON MOMOA (Drax The Destroyer)
Memiliki fizikal yang 'sado' dan rupa yang sangat rugged, Jason Momoa hanya menunggu tawaran yang sesuai untuk membintangi filem superhero. Mungkin ramai yang sudah tahu, Momoa adalah Aquaman di dalam DC Extended Universe (DCEU), tetapi beliau sangat hampir untuk melakonkan watak Drax The Destroyer di dalam MCU.
Akhirya, beliau memilih untuk menjadi Raja Lautan Atlantis dan ahli Justice League kerana merasakan watak Drax The Destroyer agak sama dengan watak-watak yang pernah dilakonkannya.
JIM CARREY (Rocket Raccoon)
Siapa yang tak mengenali Jim Carrey yang sangat versatil dan tidak asing dalam dunia filem adaptasi komik (The Mask, Kick-Ass 2) tetapi beliau tidak pernah berjaya mendapatkan watak didalam MCU.
Bagaimanapun, pada tahun 2013, khabar angin kuat menyatakan Carrey dan Adam Sandler telah disenaraikan untuk watak Rocket Raccoon. Carrey jadi adiwira rakun angkasa lepas ? Hmm…
JOAQUIN PHOENIX (Doctor Strange)
Sebelum Benedict Cumberbatch menjadi penjaga Time Stone, Joaquin Phoenix terdahulu menjadi pilihan utama untuk watak Doctor Strange di dalam MCU. Tetapi beliau menolak watak itu kerana kononnya tidak bersetuju dengan filem adiwira dan tidak mahu terlibat dengan filem yang mempunyai elemen seperti itu.
Ironinya, Phoenix bersetuju untuk membawa watak Joker didalam filem arahan Todd Philips yang akan ditayangkan tahun depan.
Yuzir Harafi
Tue Sep 18 2018
Emily Blunt dan Tom Cruise antara 6 pelakon yang hampir menjadi ahli Avengers.
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
'Hawkeye' Jeremy Renner semakin pulih
Bintang Avengers itu membuat naik satu swafoto di akaun Instagram miliknya serta mengucapkan terima kasih kepada peminatnya.
'Hawkeye' Jeremy Renner cedera, kini dalam keadaan kritikal tetapi stabil
Menurut laporan Variety, keluarga Renner kini sedang bersamanya dan pelakon itu menerima penjagaan yang sangat baik.
Marvel Studios lancar trailer terbaharu filem 'Black Widow'
Keterujaan peminat dalam menantikan filem terbaharu Marvel Studios, iaitu Black Widow, kembali memuncak dengan pelancaran trailer terbaharu filem itu, pada Sabtu.
Scarlett Johansson kahwini bintang Saturday Night Live, Colin Jost
Mereka berharap dapat terus membantu warga emas yang amat memerlukan perhatian pada masa yang sukar ini.
Ciapan terakhir 'Black Panther', Chadwick Boseman cipta rekod 'likes' terbanyak dalam sejarah Twitter
Twitter mengesahkan ciapan terakhir dalam laman sosial rasmi Boseman itu mendapat likes paling banyak dalam sejarah Twitter.
COVID-19: Idris Elba disahkan positif
Kata pelakon itu dalam satu video di Twitter, beliau tidak mengalami sebarang simptom.
Marvel bakal tampil kejutan dalam Avengers MCU fasa 4
Sudah semestinya semua peminat teruja dengan pengumuman yang dibuat oleh Presiden Marvel Studio, Kevin Feige mengenai fasa empat Marvel Cinematic Universe (MCU).
Avatar bakal turun takhta, Avengers: Endgame filem terlaris di dunia
Menurut laporan media antarabangsa, hanya AS$500,000 lagi diperlukan oleh Endgame untuk membawa Avatar turun dari takhta.
Mampukah tayangan semula Avengers: Endgame tandingi rekod kutipan filem Avatar?
Keluaran terbaru kali ini dikatakan membawakan "babak yang dipadam, tribut dan beberapa kejutan"
Avengers assemble! Pameran Marvel Studio akhirnya diadakan di Malaysia
Dirasmikan oleh Tun Mahathir!