PENYANYI, pelakon dan pelawak popular era 1980-an iaitu Mek Habsah dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun kira-kira pukul 2.45 pagi, Isnin.
Allahyarham Mek Habsah atau nama sebenarnya Habshah Bakar menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat penyakit paru-paru.
Cucu Allahyarham iaitu Huraimi Hilman memaklumkan berita kematian neneknya itu menerusi laman Facebook.
“Selamat berehat nendaku Habshah Bakar. Innalillahiwainnailaihirajiunm. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,” tulisnya.
Sementara menerusi laman Facebook, penyanyi Noorshila Amin turut mengesahkan berita sedih itu dan mendoakan agar arwah ditempatkan bersama orang beriman.
“Dengan rasa hiba dah sedih. Dimaklumkan kekanda Mek Habsah telah kembali ke Rahmahtullah jam 2.30 pagi tadi.
“Dengan rendah hati saya mohon dapatlah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga Allah ampuni dan tempatkan arwah di kalangan para Solihin,” titipnya.
Terdahulu, Mek Habsah difahamkan sudah lama menderita sakit paru-paru dan terpaksa bergantung kepada bantuan pernafasan oksigen.
Jenazah Mek Habsah akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis 1 pada jam 10 pagi ini.
Difahamkan urusan pengebumian akan dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih Fasa 2, Kuala Lumpur, pada pukul 2.30 petang ini.
Selain membintangi filem dan deretan drama, Mek Habsah juga pernah muncul dengan album atas siri Asam Pedas bersama Allahyarham Datuk Yahya Sulong dan Allahyarham Maidin.
Gempak
Mon Sep 11 2023

Mek Habsah difahamkan sudah lama menderita sakit paru-paru dan terpaksa bergantung kepada bantuan pernafasan oksigen. - Foto GEMPAK
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Pelakon era 80-an, Mek Habsah meninggal dunia akibat penyakit paru-paru
Habshah menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat penyakit paru-paru.