KARAKTER Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang dilakonkan oleh Zizan Razak dan Shaheizy Sam dari filem aksi Malaysia, Polis Evo 3, kini boleh ‘dimiliki’ dalam bentuk patung aksi edisi terhad.
Inisiatif rasmi itu merupakan yang pertama bagi siri filem ini.
Setakat ini, hanya ada 100 unit terhad untuk setiap figura eksklusif Inspektor Khai yang dilakonkan oleh pelakon Shaheizy Sam dan Inspektor Sani yang dilakonkan oleh pelawak Zizan Razak.
Pengeluaran patung aksi cetakan 3D berukuran lebih kurang 10 sentimeter ini dijalankan dan diselia oleh kumpulan kandungan tempatan dan hobi English Speaking Asians (ESA), dengan bantuan komuniti di bawah naungan mereka.
Menurut pengasas ESA Adely Ariffin, pihak komuniti yang menghasilkan figura itu adalah Hanbro’s Studio, sebuah studio yang terkenal dalam kalangan peminat-peminat figura tanah air, manakala blister pula dihasilkan oleh Intergalactic Geek Foundry.
“Biasanya, ESA mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menghasilkan produk yang siap, tetapi mereka dapat menyiapkan beberapa unit patung aksi Polis Evo 3 dalam masa kira-kira tiga minggu, berkat sokongan daripada komuniti hobi tempatan,” katanya.
Patung aksi ini kini boleh ditempah di esachannel.com dengan harga RM175 setiap satu, dan pengedaran koleksi ini bermula pada 3 Jun di Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Polis Evo 3, yang diarahkan oleh pengarah Syafiq Yusof, mencuri perhatian dengan mengumpul RM25 juta hanya dalam tempoh tujuh hari tayangan di pawagam di seluruh Malaysia, Singapura, dan Brunei.
Kumpulan ESA terdiri daripada peminat budaya pop dengan banyak sub-komuniti di bawahnya, dengan yang paling terkenal dikenali sebagai Unity Macroverse.
Unity Macroverse adalah sebuah komuniti penceritaan di mana mereka terlibat dalam mencipta cerita fiksyen sains mereka sendiri dalam bentuk komik, novel, cerita pendek, dan lain-lain.
ESA juga terkenal dengan hasilan mereka sendiri dalam membuat mainan, figura dan buah tangan.
Baru-baru ini, kumpulan ini juga melibatkan diri dalam ruang komuniti autism yang dikenali sebagai The Spectrum — di mana mereka mengambil hasil seni daripada anak muda dengan autisme dan mencipta barangan berasaskan hasil seni tersebut seperti beg, t-shirt, cawan, dan sebagainya.
Royalti juga diberikan kepada warga komuniti autism yang terlibat dalam projek-projek tersebut. -Gempak
Gempak
Mon Jun 05 2023
Patung aksi ini kini boleh ditempah di esachannel.com dengan harga RM175 setiap satu, dan pengedaran koleksi ini bermula pada 3 Jun di Amcorp Mall, Petaling Jaya. -Gempak
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Tidak pernah wujud kaedah 'pintu belakang' kemasukan pelajar ke universiti awam
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.
Hakisan pantai: Terengganu berisiko menjadi semakin 'kecil'
Terengganu berisiko menjadi semakin 'kecil' akibat hakisan pantai yang semakin kritikal, khasnya apabila monsun timur laut tiba.
Astro catat pendapatan RM870 juta, PATAMI RM24 juta
Astro Malaysia Holdings (AMH) Berhad melaporkan pendapatan sebanyak RM870 juta bagi suku kedua untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.
Dua filem aksi blockbuster 'Polis Evo 3' dan 'Fast X' tiba di Astro First
Selepas berjaya mencipta sejarah tersendiri di layar perak, Polis Evo 3 dibawa pula ke layar lebar khusus kepada yang ingin menonton sekali lagi atau tidak berkesempatan berbuat demikian di pawagam.
Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!
Filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 kini berjaya mengaut RM54 juta selepas hampir dua bulan ditayangkan di seluruh Malaysia.
#PE3: Mantap boh! Polis Evo 3 diabadikan di mural gergasi
Lukisan Polis Evo 3 ini juga menjadi filem tempatan pertama diabadikan di sebuah mural. Para peminat juga berpeluang hadir dan mengambil gambar kenangan bersama mural istimewa ini.
Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta!
Ia menjadikan filem arahan Syafiq Yusof itu sebagai filem yang merekodkan kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia.
#PE3: Sharnaaz syukur tetap dipilih Joel Sol walau didakwa baran, suka mengamuk
Joel amat menghargai kualiti lakonannya meskipun namanya sering dilabel antara pelakon yang sukar beri kerjasama terhadap tenaga produksi.
Lebih 50,000 peminat raikan Polis Evo 3 di Johor
Siri jelajah seterusnya akan diadakan di Melaka pada 11 Jun (Ahad) di GSC Aeon Bandaraya, mmC Mahkota Parade dan MBO ElementX.
Kutip RM45 juta, penonton puji Polis Evo 3 sudah layak ke tahap antarabangsa
Polis Evo 3 mencetuskan satu fenomena dalam dunia perfileman apabila karya arahan pengarah Syafiq Yusof kini sudah meraih kutipan RM45 juta!
#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.
Polis Evo 3 kutip RM41 juta selepas 12 hari tayangan
Filem Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dikutip dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal.