Muzium Flash Hollywood Malaysia (HMFM), akan menganjurkan pameran bertajuk, 'Penghormatan kepada J.K. Rowling: Harry Potter' di Studio TV, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pada 25 Jan.

Pengarah Media HMFM, Mohamad Razeef Shah Mohamad berkata antara yang dipamerkan prop daripada filem itu seperti skrip asal yang diperakui, kostum dan banyak lagi yang lain.

"Dengan slogan, 'Youth Development through Passion' HMFM menyasarkan untuk berkongsi dan memberi peluang kepada golongan belia merasai pengalaman Hollywood secara kreatif dan positif.

"Pameran ini juga akan menjadi platform kepada belia untuk menunjukkan bakat mereka serta membina platform mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran galeri studio HMFM di sini hari ini.

Mohamad Razeef berkata pameran itu patut diberi perhatian kerana ini merupakan pertama kali dalam skala global yang penulis diberi penghormatan oleh penghimpun sendirian.