Klip video 'Sometimes' dari Britney Spears dan 'XO' dari Beyonce menggunakan lokasi pejalan kaki dan menampilkan pelbagai aksi. Namun bagi kumpulan One Direction, lokasi berkenaan digunakan kepada satu tahap yang berbeza dalam video klip terbaharu mereka 'You & I'.

Kumpulan berkenaan memulakan hujung minggu untuk melancarkan klip video lagu hit terbaharu mereka.

Ia menampilkan ahli One Direction berjalan di Clevedon Pier dalam cuaca sejuk sambil berubah menjadi antara satu sama dan memakai sweater yang sama.

Hanya dengan sentuhan Adobe After-Effects, dan pertukaran dari rambut hitam ke perang, Harry Styles ke Zayn Malik, setiap ahli kumpulan mengambil giliran untuk menyanyi kepada penonton.

Berlatarbelkang langit mendung pula menambahkan lagi mood klip video berkenaan.


Ben Winston bertindak sebagai pengarah klip video berkenaan.