KUALA LUMPUR: Kepesatan teknologi, terutamanya apabila negara bakal menikmati 5G tidak lama lagi, merupakan antara cabaran dalam memerangi lanun cetak rompak.
Namun, tegas Pemangku Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim, situasi itu mendambakan kerjasama lebih erat dan bersungguh-sungguh antara semua pihak berkepentingan.
Kerjasama itu, tegas beliau, termasuklah kerajaan, agensi bertanggungjawab dan penggiat seni serta tulang belakang industri itu sendiri
"Dengan kemajuan teknologi dan pelbagai cara untuk cetak rompak dan itu sendiri untuk diedarkan barangan cetak rompak. seperti saya katakan tadi Memang kita ada kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap laman sesawang berkenaan.
“Masalah sekarang ialah banyak laman sesawang baharu yang sama boleh dimuat naik semula. Semua ini jadi cabaran besar untuk industri muzik, tetapi kita sentiasa akan berusaha untuk mencari jalan agar menyekat semua laman sesawang yang menjalankan kegiatan laman cetak rompak ini,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI mengenai kempen #NoToLanun, khusus bagi memerangi aktiviti cetak rompak yang semakin berleluasa.
Dalam pada itu, Rosmin berkata, statistik global mengenai penggunaan hasil seni menunjukkan ia pada kadar yang membimbangkan, khususnya ketika teknologi berkaitan lebih maju dan pantas.
Katanya lagi, usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan masyaraka lebih memahami natijah buruk akibat perbuatan itu, serta kesan jangka panjang ke atas industri ini.
"Sebanyak 27 peratus pengguna mendengar atau memperoleh muzik dari cara haram, 23 peratus daripada pengguna juga menggunapakai salinan penstriman muzik dan itu jelas menunjukkan kadar cetak rompak masih tinggi.
“Jadi cetak rompak ini mendatangkan kesan buruk kepada negara, bukan sahaja menjejaskan pendapatan sumber penggiat industri musik, tetapi juga menjejaskan hasil cukai negara, kesan buruk kepada masyarakat,” katanya lagi.
** Astro AWANI kini dalam usaha membantu industri seni tanah air membanteras cetak rompak menerusi kempen #NoToLanun. Berikan pandangan anda menggunakan tanda pagar #NoToLanun & #StopPiracyLah jika anda ingin bersama-sama membantu menyelamatkan industri seni tempatan.
Firdaus Azil
Fri Mar 19 2021
![#NoToLanun: Kepesatan teknologi antara cabaran utama perangi cetak rompak #NoToLanun: Kepesatan teknologi antara cabaran utama perangi cetak rompak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616144075_RosminHashim.jpg)
Rosmin Hashim berpendapat, kerjasama lebih erat antara semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan dan penggiat seni amat penting dalam usaha membasmi masalah cetak rompak.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![#NoToLanun: Hasilkan karya bermutu untuk dihormati masyarakat dan elak cetak rompak - Mamat Khalid #NoToLanun: Hasilkan karya bermutu untuk dihormati masyarakat dan elak cetak rompak - Mamat Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/81556516478_MAMATKHALID.jpg)
#NoToLanun: Hasilkan karya bermutu untuk dihormati masyarakat dan elak cetak rompak - Mamat Khalid
Menurut pengarah Mamat Khalid, dengan rasa hormat itu, ia boleh memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak membeli barangan cetak rompak.
![Penguatkuasa perlu agresif tawan 'lanun', kami dah separuh mati - Seniman Penguatkuasa perlu agresif tawan 'lanun', kami dah separuh mati - Seniman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/61573820998_ZedZaidi.jpg)
Penguatkuasa perlu agresif tawan 'lanun', kami dah separuh mati - Seniman
Penguatkuasaan isu cetak rompak ketika ini perlu fokus kepada penjualan kandungan secara digital yang semakin serius.