KUALA LUMPUR: Sebagai usaha mengangkat semula irama tradisional yang kian terpinggir, Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris bakal tampil dalam konsert 'Qalam Noraniza Idris' di Panggung Bangsawan, Melaka, pada 27 hingga 29 September depan.
Konsert yang diadakan sempena sambutan Irama Malaysia Tiga Dekad (IM3D) itu akan membawakan konsep 'konsert dalam pertandingan' dengan membabitkan kira-kira 400 peserta pertandingan tarian tradisional di peringkat kebangsaan bagi mengiringinya membuat persembahan.
Pelantun lagu Dikir Puteri itu berkata, ini adalah sebahagian daripada usahanya untuk menghidupkan kembali industri irama Malaysia selepas dilihat semakin sepi terutamanya selepas pemergian komposer Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.
"Dulu kita ada Pak Ngah tetapi sekarang dia dah tiada. Siapa nak bangunkan, takkan kita nak menyerah begitu sahaja?
"Saya rasa, saya kena buat sesuatu. Irama Malaysia ini perlu ada penggerak yang (kena) berani (untuk) ke depan," katanya kepada Bernama selepas sidang media Konsert Qalam Noraniza Idris, baru-baru ini.
Menurut Noraniza, konsert anjuran Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kesenian, Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka itu diadakan bagi menebus kekecewaannya apabila konsert solonya, Malai Solo terpaksa dibatalkan dua tahun lepas.
"Konsert ini akan menghimpunkan penari pelbagai usia dari seluruh negara yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu tujuh hingga 12 tahun (sekolah rendah), 13 hingga 17 tahun (sekolah menengah) dan 17 tahun ke atas (terbuka).
"Terdapat lapan segmen etnik pilihan daripada 12 segmen keseluruhan akan dipertandingkan berdurasi enam minit yang menggabungkan dua elemen iaitu Melayu sebagai keutamaan dan etnik pilihan menjadi sebuah 'lagu rangkaian'. Sepanjang konsert tiga hari ini, saya akan menjadi penyanyi utama dan mereka (penari) akan mengiringi persembahan saya," katanya.
Ditanya mengenai persediaan menjelang konsert tersebut, Noraniza yang juga mengusahakan perniagaan produk muruku itu berkata, beliau kini sedang mengamalkan rutin diet serta senaman supaya tampil lebih sihat, selain mengikuti kelas vokal.
"Saya perlu turunkan berat badan sekurang-kurangnya 10 kilogram. Sekarang saya mempunyai juralatih yang memantau aspek pemakanan saya.
"Apa yang merisaukan saya ialah bila nanti berada di atas pentas. Saya sudah selesa kerja di sebalik tabir dan lama tidak beraksi (persembahan yang panjang). Macam ada satu rasa bimbang dan risau, memikirkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang," katanya.
Tiket konsert Qalam Noraniza Idris boleh dibeli pada harga serendah RM99 (Sawo Matang), RM149 (Ala Dondang), RM199 (Masyhur), RM249 (Seri Balas) di laman www.ilassotickets.com.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024
Ratu Irama Malaysia Noraniza Idris pada sidang media mengenai konsert 'Qalam Noraniza Idris' yang akan di adakan di Panggung Bangsawan, Melaka, pada 27 hingga 29 Sept ini.- Foto Bernama
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.
Fokus Minggu Depan: Israel bermaharajalela di Asia Barat
Ikuti ulasan Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Kamaruzzaman Yusoff berkenaan situasi semasa di Asia Barat yang menyaksikan peningkatan serangan rejim zionis Israel.
Ketua WHO antara terperangkap dalam serangan udara Israel di Yaman
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdepan detik cemas susulan serangan udara yang dilancarkan Israel terhadap lapangan terbang utama Yaman pada Khamis.
Pitbull buat kejutan bersihkan bola kristal terakhir di Times Square
Penyanyi rap terkenal, Pitbull membuat kejutan di bangunan One Times Square New York apabila dilihat membersihkan bola kristal terakhir yang dipasang menjelang sambutan tahun baharu pada Jumaat.
Rasa durian MS88 setanding 'Black Torn', diperluas ke pasaran global
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR 88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.
Kerajaan jamin bekalan kelapa mencukupi tampung keperluan perayaan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.
Sebatan di khalayak: Kepentingan awam lebih utama daripada aib pesalah
Tindakan sebatan syariah di khalayak ramai yang dilaksanakan di Terengganu semalam tidak melanggar perintah Islam yang menyeru menutup aib individu kerana ia bersifat kepentingan awam.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong sekiranya ingin menghabiskan baki hukuman kepada tahanan di rumah.
Lagi perusuh diburu polis
Polis masih memburu beberapa individu lagi bagi membantu siasatan membabitkan kes pergaduahan dua kumpulan penyokong bola sepak di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
Lelaki berusia 48 tahun bersama 13kg heroin RM1.2 juta
Polis merampas 13.3 kilogram dadah jenis Heroin Base yang dinggarkan bernilai RM1.2 juta ringgit menerusi dua serbuan berasingan di Lembah Klang pada Isnin lalu.
Noraniza Idris kembali ke pentas dengan konsert Qalam
Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris bakal tampil dalam konsert 'Qalam Noraniza Idris' di Panggung Bangsawan, Melaka, pada 27 hingga 29 September depan.