KEHADIRAN pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam petang Jumaat ternyata disambut meriah oleh peminatnya.

Difahamkan, kedatangannya ke negara ini adalah untuk bertemu peminat dan merasmikan dua jenama produk di Malaysia.

Menerusi video di TikTok, Minho yang muncul dengan baju berwarna putih dan berseluar hitam tetap kelihatan kacak walaupun memakai pelitup muka.

Sementara itu, di ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja kerana dapat melihat pelakon kacak itu di depan mata.

Terdahulu, Lee Minho sebelum ini pernah mengunjungi Malaysia untuk Konsert CUCKOO Appreci8th Anniversary 2022 yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Oktober 2022. -- Gempak