NETIZEN yang menjengah ke laman Instagram Datin Alyah mendoakan penyanyi itu dan suaminya, Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram dikurniakan cahaya mata.

Doa itu dipanjatkan kepada Alyah susulan foto yang dimuat naik penyanyi Jutaan Purnama itu mendukung seorang anak kecil di Instagram peribadinya.

"Her name is Mahrue Zainab, sempat ibu Zainab ini mendoakan saya juga. Ya Allah, semoga Zinab membesar dan membela nasib keluarganya dan menjadi anak yang solehah," tulisnya sebagai kapsyen.

Berikut antara doa netizen kepada Alyah dan Tok Ram:

* "Semoga Datin Alyah menjadi ibu suatu hari nanti.

* "Semoga diberikan rezeki penyeri rumah tangga.

* "Semoga Alyah mendapat umrah yang mabrur dan dapat baby secantik Zainab kelak."


Her name is Mahrue Zainab Sempat ibu zainab ni doakan utk saya jg. Ya Allah swt Semoga zainab membesar dan membela nasib keluarganya.Jg menjadi anak yg solehah....

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on


Alyah berangkat ke tanah suci Mekah pada 28 Januari lalu bersama ahli keluarganya.