Pengacara dan pelakon, Neelofa mengumumkan menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk pada tahun ini serta edisi-edisi yang akan datang.
Pengumuman itu dibuat melalui satu kenyataan yang dinaik menerusi laman Twitter miliknya, @Neelofa pada Khamis.
Menurut pengacara Meletop itu, keputusan itu dibuat berikutan jadualnya yang sangat padat dengan kerja-kerja penjenamaan semula Naelofar Hijab serta urusan perniagaan yang lain.
Kesibukan itu, jelas Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa, menyukarkannya memberi tumpuan yang seimbang antara karier seni dan bisnes.
“Lofa bukan menarik diri sepenuhnya, tetapi mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun depan. Insya-Allah, jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni.
“Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah. Lofa ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada akhbar Berita Harian dengan pengumuman penganjuran ABPBH32. Lofa pasti, acara berprestij tersebut akan disambut dengan penuh gemilang dan warna-warni,” katanya.
Tambah Neelofa, walaupun tidak bertanding dalam ABPBH tahun ini, beliau tetap memberikan sokongannya.
“Mana mungkin melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta sepanjang bersama kalian?
“Lofa doakan agar ABPBH terus maju dan terus megah berdiri dalam penganjuran edisi-edisi seterusnya,” katanya.
Astro Awani
Thu Jul 18 2019
![Neelofa tarik diri sertai Anugerah Bintang Popular Neelofa tarik diri sertai Anugerah Bintang Popular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563420411_LOFA.jpg)
Pengacara dan pelakon, Neelofa mengumumkan menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk pada tahun ini serta edisi yang akan datang. - Gambar fail
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 8 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua terkorban dalam nahas pesawat di Sao Paulo
Dua terbunuh, manakala enam yang lain disahkan cedera dalam nahas pesawat yang terhempas di Sao Paulo, Brazil. Pesawat yang terhempas seperti yang disahkan pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan pada Jumaat, merupakan jenis Beech F90 King Air.
![Neelofa tarik diri sertai Anugerah Bintang Popular Neelofa tarik diri sertai Anugerah Bintang Popular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563420411_LOFA.jpg)
Neelofa tarik diri sertai Anugerah Bintang Popular
Pengacara dan pelakon, Neelofa mengumumkan menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk pada tahun ini serta edisi yang akan datang.
!['Keadaan kesihatan makin baik, cuma ...' - Wan Maimunah 'Keadaan kesihatan makin baik, cuma ...' - Wan Maimunah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534838421_wm2.jpg)
'Keadaan kesihatan makin baik, cuma ...' - Wan Maimunah
Pelakon Wan Maimunah telah keluar dari wad Hospital Alor Gajah pada petang semalam selepas seminggu ditahan akibat jangkitan kuman di paru-paru.
![Rezeki Yana semakin murah Rezeki Yana semakin murah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71364982082_295x200.jpg)
Rezeki Yana semakin murah
Walaupun bergelar pelakon hampir satu dekad, Yana Samsudin pernah menyangkakan dirinya tidak popular.
![Hanez dan Awi belum mahu berumahtangga Hanez dan Awi belum mahu berumahtangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41359977923_295x200.jpg)
Hanez dan Awi belum mahu berumahtangga
Biarpun umum mengetahui keintiman Hanez Suraya dengan Awi Rafael, namun begitu pelakon itu mengakui masih belum merancang untuk berkahwin.