Terlibat dengan teater "Jam Dinding Yang Berdetak", Nadiya Nisaa akui semakin jatuh cinta dengan pementasan teater.
Sinonim sebagai pelakon drama dan filem, dia tidak menolak kemungkinan untuk bergiat aktif di atas pentas.
Teater terbitan Revolution Stage ini merupakan teater keduanya selepas "Asramara" yang dipentaskan di Menara Mara pada Oktober tahun lalu.
Menurut Nadiya, walaupun diberikan hanya watak kecil, banyak yang dapat dipelajari khususnya melibatkan proses pementasan teater.
"Bila pengalaman pertama itu bila habis, saya rasa macam nak nak lagi dan bila saya jumpa teman-teman yang lain macam Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Dira dan Sherry Alhadad mereka yang turut memiliki pengalaman berlakon teater, turut berkongsi pengalaman yang sama. Ada sesuatu tentang pementasan teater yang memberikan kepuasan walaupun tidak seratus peratus setiap kali itu mesti ada pengalaman yang baru.”
Nashkah Indonesia karya Nano Riantiarno itu menjadi sumber inspirasi kepada pengarah teater Aloeng Silalahi untuk diterjemah ke pentas Lambang Sari, Istana Budaya.
Bukan meniru bulat-bulat, "Jam Dinding Yang Berdetak" menurut Aloeng cuba lari daripada tema biasa teater tempatan.
Ikuti wawancara bersama pengarah teater "Jam Dinding Yang Berdetak", Aloeng Silalahi.
"Jam Dinding Yang Berdetak" mengisahkan keperitan keluarga Adzam dan Erna yang dihimpit masalah kewangan sehingga sukar meneruskan rutin hidup.
Turut dijayakan Amerul Affendi, teater ini akan dipentaskan pada 17 hingga 19 Januari di Istana Budaya.
Astro Awani
Fri Jan 03 2014

Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch

Nadiya kembang bakat di pentas teater
Terlibat dengan teater "Jam Dinding Yang Berdetak", Nadiya Nisaa akui semakin jatuh cinta dengan pementasan teater.