BARU-BARU ini, viral satu video di media sosial yang memperlihatkan sepasang suami isteri yang didakwa berkeinginan hidup tanpa anak atau child-free.
Menurut mereka, kehadiran anak dalam keluarga kecil mereka dianggap sebagai satu hal yang menyusahkan dan juga beban.
Isu berkenaan child-free bukan sahaja menjadi buah mulut ramai, malah turut menerima maklum balas pelbagai, khususnya mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak.
Tidak kurang, golongan selebriti juga turut terkesan dengan isu ini. Antara selebriti yang pernah menyuarakan pandangan mereka terhadap isu child-free ini termasuklah Achey, Mark Adam dan Hazama.
Ingin mendasari isu ini dengan lebih lanjut, Gempak menemui bual pelakon, Siti Elizad Sharifuddin untuk berkongsi pandangannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan ini.
Percaya pada rezeki
“Masing-masing ada pendapat tersendiri, mungkin mereka masih tak inginkan anak, tapi kenyataan yang dikeluarkan itu, seolah-olah menunjuk betapa ceteknya pemikiran.
"Sebagai orang Islam, kita kena percaya dengan rezeki yang Allah bagi pada anak-anak kita tapi bila dia kata dengan gaji yang ada ni, nanti tak cukup untuk keperluan harian.
“Bila dia berkata begitu, saya terfikir, adakah dia tak mahu kongsi rezeki dengan orang lain?
"Bagi saya, orang yang sia-sia di dunia adalah orang yang tak berkongsi ilmu dan rezeki, kerana kita bukan sahaja mengejar dunia tetapi juga akhirat,” ulasnya.
Wanita berusia 40 tahun itu berkata, dia sendiri tidak memahami mengapa ada segelintir individu menganggap anak sebagai beban selain menjadi penyebab kepada ketidakstabilan ekonomi keluarga.
“Kalau cakap pasal mengganggu ekonomi, saya tak faham. Sebabnya, bila gaji masuk, matlamat hidup saya adalah untuk membantu keluarga terlebih dahulu. Kita ni nak pahala kita berpanjangan.
“Allah SWT sudah menjanjikan rezeki tersendiri untuk anak-anak. Mungkin kita yang menumpang rezeki mereka.
"Contohnya, influencer sering dipanggil untuk membuat review atau iklan kerana mereka mempunyai anak. Secara tidak langsung, rezeki itu datang dari anak-anak mereka,” tutupnya.
Elizad mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. -Gempak
Gempak
Sun Jul 14 2024

Siti Elizad berkata dia tidak memahami mengapa ada segelintir individu menganggap anak sebagai beban selain menjadi penyebab kepada ketidakstabilan ekonomi keluarga. -Gempak
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

'Mungkin kita yang menumpang rezeki mereka' - Siti Elizad percaya anak bukan satu beban
Siti Elizad berkata dia tidak memahami mengapa ada segelintir individu menganggap anak sebagai beban selain menjadi penyebab kepada ketidakstabilan ekonomi keluarga.