Suami kepada pelakon jelita Nora Danish, Nedim Nazri atau Bossned menyatakan rasa kecewa terhadap sikap pengguna laman sosial yang mengikuti instagram milik anaknya walaupun telah diberi amaran.
Rasa kesal itu dikongsikan melalui aplikasi Instagram Story miliknya hari ini dan menyatakan akaun itu hanya dikendalikannya sementara anaknya Mohamed Neyqal Nedim atau lebih mesra disapa sebagai Ney Ney masih kecil dan terpulang kepada anaknya untuk membuka akaun itu kepada umum apabila sudah dewasa nanti.
“Tak payah ikut akaun itu. Itu adalah akaun untuk Ney Ney bila dia dah besar nanti. Tapi ada juga orang yang ‘follow’, mungkin awak tidak berapa bijak dengan otak awak.” katanya dalam Instagram Story berkenaan.
Menurut Nedim, sesiapa yang ingin melihat gambar anaknya boleh ke akaun peribadi usahawan itu, isteri dan sahabat terdekatnya.
Gelagat Ney Ney seperti memakai Ihram yang dimuat naik Bossned meraih perhatian netizen apabila mengutip 46 ribu likes di instagram dengan kapsyen.
‘Hi Daddy kata insyaAllah umur cukup 1 Year plus kalau ada rezeki nak bawa pergi Umrah ❤️,that’s why Ney Ney testing pakai Ihram.'
Kapsyen itu juga secara tidak langsung menunjukkan hasrat murni Bossned untuk membawa si kecil itu ke tanah suci kelak.
Wafa Aula
Tue Feb 27 2018
Nedim menyatakan akaun itu hanya dikendalikannya sementara Ney Ney masih kecil dan terpulang kepada anaknya untuk membuka akaun itu kepada umum apabila sudah dewasa nanti. -Foto Instagram.com/@boss_ned.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
"Mungkin awak tidak berapa bijak dengan otak awak" - Suami Nora Danish, Bossned lampias kemarahan
Melalui aplikasi Instagram Story miliknya hari ini, Bossned menyatakan akaun itu hanya dikendalikan olehnya sementara Ney Ney masih kecil.