Penyanyi Shazrina Azman, lebih popular dengan nama Mizz Nina, akan berkongsi pandangan dan pengalaman dengan orang ramai sebagai pemakai 'hijab' pada Hari Hijab Sedunia (WHD) Malaysia di Taman KLCC esok.
Satu perhimpunan anjuran sekumpulan Muslimah muda, dengan kerjasama Duta WHD Kuala Lumpur Emi Idura Che Hashim, akan diadakan bersempena sambutan itu pada 1 Feb, kata penganjurnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hari Hijab Sedunia, yang diilhamkan warga New York, Nazma Khan, dan disambut di 116 negara setiap tahun sejak 2013, antara lain bertujuan memupuk toleransi dan persefahaman tentang pemakaian hijab.
Acara itu, yang akan bermula pada 11 pagi, akan turut mempromosi gaya berhijab secara profesional dan diiringi pertandingan menarik.
Hadirin digalakkan membawa hijab untuk diderma kepada Muslimah yang terjejas oleh banjir di pantai timur baru-baru ini.
Perkhidmatan membungkus sumbangan juga disediakan di venue sambutan itu.
Bernama
Sat Jan 31 2015
Mizz Nina akan berkongsi pandangan dan pengalaman dengan orang ramai sebagai pemakai 'hijab' pada Hari Hijab Sedunia esok.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
1 Februari Hari Hijab Sedunia, boleh disambut? Ini pandangan PU Azman
Hari Hijab Sedunia merupakan cetusan idea Nazma Khan dan telah mula disambut pada tahun 2013 i 190 negara di seluruh dunia.
Hijab adalah pilihan saya, cara saya nyatakan cinta dan penyerahan kepada Tuhan - Mizz Nina
Sempena Hari Hijab Sedunia, Mizz Nina antara selebriti yang tidak ketinggalan menyatakan sokongan beliau terhadap kempen ini menerusi akaun media sosial, Instagram hari ini.
Mizz Nina meriahkan sambutan Hari Hijab Sedunia
Mizz Nina akan berkongsi pandangan dan pengalaman dengan orang ramai sebagai pemakai 'hijab' pada Hari Hijab Sedunia.