SELAIN faktor pengagihan dana yang betul, penggiat seni tempatan perlu bijak dalam 'menjual' hasil karya mereka ke luar, terutama sekali membabitkan penyertaan dalam festival berskala besar.
Pengarah filem Prebet Sapu, Muzzammer Rahman berkata, aspek networking adalah perkara yang tidak begitu diberi perhatian, sedangkan ia mampu memberi impak yang sangat besar terhadap kemajuan dan pembangunan filem tempatan.
"Tidak semestinya hubungan secara langsung, tetapi hubungan dengan festival dan pembikin filem luar.
"Kita kena faham Malaysia sebuah negara yang dalam istilah perfileman, boleh dikatakan masih muda, ditambah pula kita sebuah negara yang kecil.
"Justeru, untuk membawa filem ke luar, kita memerlukan sokongan orang luar.
"Saya sendiri mendapat pendedahan melalui festival filem, di mana kali pertama saya terpilih ke Asian Film Academy di Busan pada 2013.
"Di situ saya lihat bagaimana ia membantu pembikin filem di Asia Tenggara untuk memperluaskan jaringan networking dan berkongsi idea mereka," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Khamis.
"Prebet Sapu" yang terpilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik pada Anugerah Akademi Ke-94 tahun depan, setakat ini sudah menjengah lapan buah festival filem antarabangsa, termasuk Udine Far East Film Festival, Itali; Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) Indonesia; Toronto Reel Asian Film Festival, Kanada; Asian Film Festival Barcelona; Sepanyol dan Innovative International Film Festival di India.
Tambah Muzzammer, dana yang diperuntukan kerajaan untuk pembikin filem sememangnya sudah tersedia namun ia perlu bijak digunakan dan diagihkan.
Graduan Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini juga melihat jalan cerita sesebuah filem penting bagi menarik perhatian masyarakat luar terhadap filem tempatan.
"Pada mulanya, saya hanya sasarkan filem 'Prebet Sapu' untuk disiapkan dan ditayangkan untuk tontonan penonton tempatan.
"Tetapi mungkin kerana ia bercerita tentang realiti masyarakat di sini, kesukaran hidup di bandar besar dan kesunyian dalam keramaian, yang ramai orang boleh relate, saya fikir itu sebab filem ini mendapat perhatian," ujarnya.
"Prebet Sapu" yang turut menggunakan tajuk bahasa Inggeris "Hail, Driver!" akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 16 Disember depan.
Ia mengisahkan kehidupan Aman (Amerul Affendi) yang mencari rezeki di Kuala Lumpur sebagai pemandu prebet sapu.
Dalam sejarah penganjuran Anugerah Akademi atau Oscar, hanya enam filem tempatan (tidak termasuk Prebet Sapu) yang sebelum ini pernah dihantar untuk dinilai bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.
Kesemuanya gagal menempatkan diri dalam senarai lima calon akhir.
Filem-filem terbabit ialah "Puteri Gunung Ledang", "Bunohan", "Lelaki Harapan Dunia", "Redha" dan "Roh".
Madiha Abdullah
Fri Nov 05 2021
![Misi ke Oscar: 'Networking', jalan cerita main peranan besar - Muzzammer Rahman Misi ke Oscar: 'Networking', jalan cerita main peranan besar - Muzzammer Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636021741_MuzAmer.jpg)
MUZZAMMER: Aspek networking mampu memberi impak yang sangat besar. -Facebook Muz Amer/Prebet Sapu
![Kes culik Albertine Leo, 3 suspek direman 4 hari Kes culik Albertine Leo, 3 suspek direman 4 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721700397_SuspekCulik.jpg)
Kes culik Albertine Leo, 3 suspek direman 4 hari
Permohonan reman bermula hari ini sehingga Jumaat ini.
AWANI Ringkas: Sediakan bantuan kepada rakyat Malaysia di sana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Antara kos, terpinggir dan kelangsungan perniagaan
Wartawan Farhan Hakimi mendekati beberapa individu yang menggunakan kenderaan diesel untuk memenuhi mata pencarian mereka, pasca penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan mulai Mei lalu.
![Lelaki warga asing dakwa diliwat tarik balik laporan polis, suspek dibebaskan Lelaki warga asing dakwa diliwat tarik balik laporan polis, suspek dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Lelaki warga asing dakwa diliwat tarik balik laporan polis, suspek dibebaskan
Suspek berusia 37 tahun yang ditahan reman sebelum ini dibebaskan.
Jiwa SME: Selangor sasar jualan RM550,000 pada Ekspo Malaysia Fest 2024 di Singapura
Kerajaan Selangor turut menganggarkan impak jangka panjang sebanyak RM1.3 juta dapat dicapai tahun ini hingga Disember 2026 susulan peluasan akses jualan pasaran ke luar negara melibatkan produk, potensi eksport produk baharu, promosi serta sesi suai padanan dalam talian.
BRICS: Menilai manfaat, menangkis risiko
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, BRICS sebagai sebuah blok membentuk satu pasaran mega yang akan membuka peluang bagi diversifikasi pasaran dan sumber pelaburan asing baharu kepada negara yang akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mampan, di samping mengimbangi kebergantungan terhadap pasaran tradisional sedia ada seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Bagaimana Malaysia merancang untuk menangani cabaran yang timbul dalam usaha negara membentuk satu pasaran mega?
![Lionel Messi terlepas MLS All-Star ekoran kecederaan buku lali Lionel Messi terlepas MLS All-Star ekoran kecederaan buku lali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721700543_LionelMessiMLS.jpg)
Lionel Messi terlepas MLS All-Star ekoran kecederaan buku lali
Kapten Argentina itu mengalami kecederaan semasa kemenangan final Copa America ke atas Colombia pada 14 Julai.
Hutang negara: Menilai usaha mengurangkan defisit fiskal negara
Kerajaan komited mengurangkan pinjaman bersih atau hutang baharu sebagai langkah jangka pendek meningkatkan keupayaan kewangan negara. Bersama Pengarah Institut Pembangunan & Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali mengulas berkenaan pendekatan kerajaan terhadap pengurusan hutang serta menilai tahap tanggungjawab fiskal dan kemampanan negara.
Kerajaan rencana transformasi, hala tuju baharu agenda Bumiputera sedekad ke hadapan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah membincangkan dengan teliti kerangka dan inisiatif-inisiatif dalam memberi anjakan penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI.
![JPNS sahkan 90 murid keracunan makanan JPNS sahkan 90 murid keracunan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721701089_muridkeracunanmak.jpg)
JPNS sahkan 90 murid keracunan makanan
Kejadian itu dikesan sekitar jam 12 tengah hari apabila guru memaklumkan terdapat murid mengalami muntah-muntah dan simptom lain.
![Wanita ditahan bawa tiga lelaki Bangladesh tanpa dokumen sah Wanita ditahan bawa tiga lelaki Bangladesh tanpa dokumen sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61597974259_SuptMohdIsmailIbr.jpg)
Wanita ditahan bawa tiga lelaki Bangladesh tanpa dokumen sah
Wanita berkenaan mendakwa dibayar sebanyak RM450 oleh seorang lelaki yang juga warganegara Bangladesh untuk membawa ketiga-tiga lelaki berkenaan ke Keteri Perlis.