Bintang filem antarabangsa kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh akan melakonkan semula wataknya sebagai wirawati Yu Shu Lien dalam filem prekuel Crouching Tiger Hidden Dragon yang akan memulakan penggambarannya Julai ini.
Filem itu diberi judul Crouching Tiger Hidden Dragon II: The Green Destiny.
Penggambaran utamanya akan dilakukan di Auckland Film Studios di New Zealand penerbitnya selepas gagal mendapatkan tempat di Pinewood Iskanda Malaysia Studios di Johor yang telah ditempah sehingga hujung tahun ini untuk pembikinan siri televisyen Marco Polo.
"Filem itu akan diarahkan oleh Yuen Woo-ping, pakar seni mempertahankan diri veteran yang merupakan koreografer aksi filem asal pada tahun 2000," lapor akhbar industri, Variety.
Penerbitnya, The Weinstein Company memilih mengadakan penggambaran di Auckland untuk mendapatkan insentif produksi yang ditawarkan oleh kerajaan New Zealand.
Di bawah peraturan baru yang diperkenalkan bulan ini yang dikenali sebagai Geran Penerbitan Skrin New Zealand, filem cereka yang membelanjakan lebih $15 juta dolar New Zealand (RM42 juta) di negara itu akan mendapat rebat sebanyak 20 peratus daripada perbelanjaan tempatan. Ia adalah pertambahan lima peratus berbanding geran sebelum ini.
Filem prekuel ini akan sekali lagi mengangkat cerita daripada novel bersiri karya Wang Dulu. Usaha menerbitkan prekuel ini tertangguh sejak lebih 10 tahun lalu kerana masalah hak cipta ke atas novel-novel berkenaan, lapor BBC.
Skripnya ditulis oleh John Fusco yang sebelum ini menulis lakon layar The Forbidden Kingdom yang dibintangi oleh Jet Li dan Jackie Chan.
Crounching Tiger Hidden Dragon merupakan filem bahasa Mandarin yang paling berjaya di peringkat antarabangsa dengan kutipan lebih kurang AS$250 juta, dengan lebih separuh daripadanya di Amerika Utara. Ia menang empat anugerah Oscar pada 2001 bagi kategori filem asing terbaik dan tiga anugerah teknikal yang lain.
Filem itu kemudian melancarkan kerjaya pengarah filem dari Taiwan, Ang Lee di Hollywood. Beliau seterusnya menang dua anugerah pengarah terbaik di Anugerah Akademi melalui Brokeback Mountain dan Life of Pi.
Astro Awani
Tue Apr 22 2014
![Michelle Yeoh hidupkan semula watak dalam prekuel Crouching Tiger Hidden Dragon Michelle Yeoh hidupkan semula watak dalam prekuel Crouching Tiger Hidden Dragon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/81398164437_295x200.jpg)
Michelle Yeoh dalam Crouching Tiger Hidden Dragon
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Ini keputusan dua orang dewasa - Zhang Ziyi, suami umum bercerai Ini keputusan dua orang dewasa - Zhang Ziyi, suami umum bercerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698213753_zhangziyi.jpg)
"Ini keputusan dua orang dewasa" - Zhang Ziyi, suami umum bercerai
Bintang antarabangsa, Zhang Ziyi menyampaikan berita kurang baik kepada peminat dengan pengumuman penceraian bersama suami, Wang Feng.
![Chow Yun-Fat kedekut pakai telefon bimbit sama 17 tahun? Chow Yun-Fat kedekut pakai telefon bimbit sama 17 tahun?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539232678_ChowYunfat.jpg)
Chow Yun-Fat kedekut pakai telefon bimbit sama 17 tahun?
Bintang filem Hong Kong, Chow Yun-Fat mengamalkan gaya hidup yang cukup sederhana.
![Michelle Yeoh hidupkan semula watak dalam prekuel Crouching Tiger Hidden Dragon Michelle Yeoh hidupkan semula watak dalam prekuel Crouching Tiger Hidden Dragon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/81398164437_295x200.jpg)
Michelle Yeoh hidupkan semula watak dalam prekuel Crouching Tiger Hidden Dragon
Filem itu diberi judul Crouching Tiger Hidden Dragon II: The Green Destiny.
![Michelle Yeoh simpan hasrat berkahwin Michelle Yeoh simpan hasrat berkahwin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/71363604050_295x200.jpg)
Michelle Yeoh simpan hasrat berkahwin
Datuk Michelle Yeoh tidak menafikan mempunyai hasrat untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Jean Todt namun menyatakan belum lagi membincangkannya secara serius.