BERITA kematian pelakon legenda Hong Kong, Ng Man-tat pada Sabtu telah mengejutkan industri hiburan di seluruh dunia terutama sekali peminat yang membesar dengan filem lakonannya.
Ucapan takziah daripada peminat dan rakan selebriti mengiringi pemergian mendiang. Namun seorang rakan selebriti ini pastinya menjadi tumpuan - Stephen Chow.
Ng Man-tat dan Stephen Chow (nama sebenarnya Chiau Sing Chi) telah berkolaborasi dalam 21 projek sejak 1980-an hingga ke tahun 2001.
Projek terakhir mereka bersama ialah dalam filem “Shaolin Soccer” pada tahun 2001.
Duo filem komedi layar perak yang amat serasi ini sepatutnya bergabung dalam “Kung Fu Hustle” pada 2004, namun perancangan itu tidak berjaya dan dilaporkan menjadi punca kerenggangan hubungan mereka.
Timbul desas-desus pada ketika itu bahawa Stephen Chow berjanji akan mencari Ng Man-tat untuk berlakon dalam filem itu.
Ng Man-tat dilapor telah mengosongkan jadualnya untuk kolaborasi itu, tetapi akhirnya rancangan itu gagal, lantas mencetuskan khabar angin yang Ng Man-tat dan Stephen Chow tidak lagi sebulu.
Selepas insiden itu, Ng Man-tat mendedahkan satu watak penting telah dikhaskan untuknya, tetapi semuanya tidak menjadi.
Ng Man-tat dilaporkan kerugian hampir HK$1 juta (kira-kira RM524,000) setelah menolak tawaran lain untuk mengosongkan jadualnya.
Walau bagaimanapun, beberapa tahun kemudian Ng Man-tat mendedahkan dalam satu rancangan televisyen China bahawa dia dan Stephen Chow sebenarnya tidak berselisih faham.
Sebaliknya, menurut Ng Man-tat, hubungan dan persahabatan mereka cuma tidak lagi sebaik dahulu.
Dia menyatakan perbezaan identiti dan pemikiran mendorong perbezaan pandangan itu.
Malah, menurutnya, Stephen Chow pernah mengajaknya berlakon dalam filem “The Mermaid” pada tahun 2016, tetapi terpaksa ditolak kerana masalah kesihatan.
Dalam temu bual terkini, Ng Man-tat pernah ditanya sama ada dia dan Stephen Chow akan berkolaborasi sekali lagi.
Dia menjawab, “Saya belum mati. Dia belum bersara. Pasti ada peluang.”
Media difahamkan sebelum kematian Ng Man-tat, Stephen Chow sering dimaklumkan tentang keadaan Ng Man-tat.
Stephen Chow dilapor berkata dia tidak menyangka kesihatan Ng Man-tat sampai ke tahap itu, lapor portal hk01.
“Saya baru tahu tentang berita ini.
"Walaupun saya sering mengikuti perkembangan kesihatan Ng Man-tat ketika itu, ada juga persediaan, sedikit sebanyak, tetapi berita ini masih amat menyedihkan dan memeritkan.
"Amat sukar untuk mengucapkan selamat tinggal. Penyakit Ng Man-tat datang begitu cepat dan mendiang pergi terlalu awal.
"Mendiang masih rakan dan sahabat baik saya sejak bertahun lamanya.
"Saya masih tidak dapat menerima berita ini.”
Ng Man-tat, 70, meninggal dunia pada Sabtu setelah bertarung nyawa di hospital akibat barah hati.
BACA: Tiada lagi Ng Man Tat di sisi Stephen Chow Sing Chi
Selamat tinggal, Ng Man-tat (1951-2021).
Astro Awani
Sat Feb 27 2021
Ng Man-tat dan Stephen Chow.
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
'Mendiang rakan dan sahabat baik saya selamanya' - Stephen Chow sedih pemergian Ng Man-tat
Ng Man-tat dilapor telah mengosongkan jadualnya untuk kolaborasi itu, tetapi akhirnya rancangan itu gagal, lantas mencetuskan khabar angin yang dia dan Stephen Chow tidak lagi sebulu.