Novel fantasi terbitan 2009 berjudul Maze Runner yang merupakan hasil karya James Dashner merupakan antara buku genre fiksyen sains adventure buat golongan muda yang sangat berjaya dan popular.

Diarahkan Wes Ball, filem adaptasi Maze Runner: The Scorch Trials ini tidak sehebat apa yang ditonjolkan di dalam trelernya yang dikeluarkan untuk tontonan umum minggu lepas.

Tiada apa yang begitu hebat tentang keseluruhan filem ini.

Seperti filem pertama, Maze Runner: The Scorch Trials ini membawa penontonnya ke alam distiopia yang memurungkan dan amat mengelirukan. Plot filem longgar dan gagal menguatkan elemen penceritaan yang agak mencelarukan fikiran bagi mereka yang tidak membaca novelnya seperti saya.

maze runner
Kumpulan remaja belia, The Gladers tabah menghadapi cabran-cabran yang di luar jangkaan, di sebual landskap distopia yang begitu asing bagi mereka. Gambar: Twentieth Century Fox
Walaupun dengan barisan pelakon muda yang baik walaupun tidak ternama seperti Thomas Brody Sanster sebagai Newt, Ku Hong Li sebagai Minho, Blake Cooper sebagai Chuck dan Kaya DeScolario sebagai Teresa, filem kedua dari Maze Runner gagal mendedahkan mesej dan cerita sebenarnya cuba disampaikan.

Dengan lebih banyak lagi watak diperkenalkan kali ini, watak utama, Thomas, dilakonkan oleh Dylan O’Brien agak tenggelam diantara protaganis yang lain.

Sepanjang filem, semua mereka berlumba-lumba untuk menyelamatkan diri daripada dibaham 'zombie' yang rakus serta 'villain' (penjahat).

Filem ini bagaikan peperangan remaja belia, menentang dewasa yang tamak haloba seperti anggota-anggaota WCKD diketuai Ava Paige lakonan Patricia Clarkson dan Aidan Murphy sebagai Janson.

Dalam sekuel ini, bab seterusnya bagi Maze Runner menyaksikanThomas dan rakan-rakan Gladers menghadapi cabaran terbesar mereka lagi: mencari petunjuk mengenai organisasi misteri dan sangat terkenal dengan nama WCKD.

Maze runner
Dylan O'Brien, memegang watak utama, Thomas berusaha bagi memastikan rakan-rakan seperjuangannya terselamat dari kuasa jahat WCKD. Gambar: Twentieh Century Fox
Perjalanan dan penggembaraan mereka membawa kumpulan ke Scorch sebuah tempat dimana landskapnya sepi namun penuh dengan cabaran-cabaran yang tidak dapat dibayangkan.

Bekerjasama dengan pejuang-pejuang hak asasi yang lain, pasukan Gladers berusaha untuk merampas kuasa yang jauh lebih hebat daripada mereka iaitu WCKD dan pada masa yang sama cuba untuk mendedahkan rancangan yang akan mengejutkan untuk mereka semua.

Pada mulanya, filem ini berasa lebih terkawal dan lebih kecil daripada filem pertama, mungkin kerana perasaan klaustrophobia dengan kebanyakkan adegan bawah tanah yang dipaparkan.

Secara keseluruhan, filem ini membingungkan dan kelihatan seolah-olah barisan kumpulan kreatif termasuk pengarah, penulis dan penerbit seolah-olah ketandusan idea dalam menggarap filem ini ke layar perak.

Pelakon: Dylan O'Brien, Patricia Clarkson, Aidan Gillen, Thomas Brodie-Sangster, Kaya Scodelario

Pengarah: Wes Ball

Penulis: T.S. Nowlin (lakon layar), James Dashner (novel)

Tarikh tayangan: 10 September 2015, Twentieth Century Fox

Tonton trailer Maze Runner:The Scorch Trials di sini