Status itu dimuat naik 13 Julai lalu menerusi satu akaun Facebook dengan nama Mark Adam. Namun Mark dalam satu status di akaun Instagram rasminya, menafikan akaun Facebook itu miliknya.
Kata Mark, dia berharap akaun Facebook tersebut yang menggunakan nama dan gambarnya, tidak sewenang-wenangnya menulis status apatah lagi yang berbentuk provokasi, kerana ia akan memberikan gambaran yang tidak baik di pihak dirinya.
Akaun Facebook tersebut setakat ini mengumpul lebih 78,000 pengikut.
Status berkenaan, yang memetik kata-kata seseorang yang menyebut "Proton ialah kereta orang miskin," antara lain, menghentam mereka yang merendahkan kereta buatan tempatan itu.
Ia menyindir golongan yang tidak berkemampuan namun berhajat besar dengan membeli kereta mewah.
Status itu menerima lebih 67,000 likes, dan lebih 14,000 perkongsian.