Jika sebelum ini peminat BLACKPINK atau lebih dikenali sebagai Blinks begitu teruja dengan comeback "How You Like That", kini giliran peminat BTS pula berbuat demikian.
ARMY, nama jolokan buat peminat BTS, bersorak gembira apabila kumpulan Kpop sensasi itu melancarkan muzik video baharu "Stay Gold."
Namun sedikit terkilan apabila jumlah tontonan di laman YouTube langsung tidak menggambarkan keterujaan ARMY.
Apa tidaknya, jika dahulu lagu "Boy With Luv" (duet bersama Halsey) berjaya meraih 78 juta dalam tempoh kurang 24 jam, kali ini "Stay Gold" hanya memperoleh 21 juta tontonan sahaja.
Malah MV berkenaan sekadar trending di tangga kelima.
BACA : Rapper India didakwa beli tontonan di YouTube, kalahkan jumlah tontonan BTS
BACA : Video muzik 'Boy With Luv' BTS cecah 500 juta tontonan!
BACA : Baru 4 jam dilancar, 'How You Like That' daripada Blackpink raih 20 juta tontonan
Manakala BLACKPINK dan Blinks kini tersenyum gembira apabila memperoleh 59 juta tontonan dan menduduki tangga teratas menerusi comeback terbaharu mereka.
BLACKPINK juga telah berjaya mencipta rekod apabila mencatat jumlah tontonan sebanyak 1.65 juta semasa tayangan perdana.
Ini sekali gus membuatkan Blackpink berjaya mencipta rekod baharu dan memintas jumlah tontonan tayangan perdana kumpulan BTS yang mendapat tontonan sebanyak 1.54 juta menerusi lagu ON.
Persoalannya, mana perginya ARMY?
Adakah promosi untuk lagu "Stay Gold" tidak kuat seperti lagu "How You Like That" yang mana setiap hari mampu trending di laman sosial.