SHAH ALAM: Pemain gitar legenda, Man Kidal mengakui kembali bangkit dan bersemangat untuk keluar daripada kesusahan hidup selepas menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Man Kidal atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood, 58, berkata, bantuan dihulurkan LZS pada tahun lalu membantu dari segi emosinya yang terganggu lebih-lebih lagi selepas dijangkiti COVID-19 dan menanggung kerugian hampir setengah juta ringgit dalam bisnes.
"Sebelum berlakunya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), saya sudah mengeluarkan modal dan melabur sebanyak 50 peratus dalam industri ini.
"Sebaik sahaja negara melaksanakan PKP, ekonomi saya tergugat teruk dan sudah melabur banyak, tambahan pula PKP ini sesuatu yang tidak dijangka," katanya pada Sembang LZS di Facebook pada Ahad.
Program sembang LZSA yang dihoskan Anim Ezati Rizki itu berlangsung kira-kira 33 minit.
Ujar Man Kidal, tempoh PKP adalah sesuatu yang paling sukar sepanjang tempoh 45 tahun beliau bergiat aktif dalam dunia seni tanah air.
Katanya, dikategorikan sebagai asnaf sementara oleh LZS sememangnya tidak pernah dijangka apatah lagi sebelum ini menjadi pembayar zakat.
"Waktu saya berniaga dulu memang sebulan sekali saya membayar zakat dan ini sangat penting untuk kita membantu mereka yang susah.
"Tetapi apabila terkena pada diri saya, di sinilah pentingnya zakat untuk meringankan beban kerana pada masa saya berniaga kita tak rasa (kesusahan), tetapi bila kita menerima (barulah) kita faham," ujarnya.
Jelas Man Kidal, LZS amat membantu kehidupannya dan keluarga terutama semasa mereka hilang mata pencarian.
Katanya, melalui bantuan LZS itu, dia lebih bersemangat untuk menambah pendapatan dan keluar daripada kesusahan.
"Bantuan LZS amat membantu saya untuk bergerak dan menghilangkan beban terutama selepas dijangkiti COVID-19," kata beliau.
Sementara itu, Ketua Operasi Agihan Petaling LZS, Syaril Ritin berkata, bantuan kali pertama dihulurkan LZS kepada Man Kidal ialah semasa beliau menyerahkan bantuan makanan di rumah artis itu pada tahun lalu.
Ujar Syaril, pada waktu itu, beliau hanya meletakkan bantuan di luar rumah disebabkan Man Kidal dijangkiti COVID-19.
"Beberapa hari kemudian kecoh di media sosial Man Kidal berterima kasih kepada LZS atas sumbangan dihulurkan sebelum saya sendiri terima panggilan daripada Man Kidal untuk membantu bagi proses bantuan seterusnya.
"Keperluan disalurkan LZS kepada Man Kidal ialah bantuan berbentuk kewangan bulanan untuk menampung keperluan asasi.
"Selain itu, bantuan makanan, bantuan perubatan isterinya yang mengalami masalah lutut," kata beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 29 2022
Anim Ezati (kiri) bersama Man Kidal (kanan) dan Syaril (tengah) pada Sembang LZS di Facebook pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Hasil lawatan PM ke luar negara peroleh pelaburan RM12.8 bilion
Jelas Menteri Komunikasi ia termasuk pembukaan pasaran baharu, pengukuhan diplomatik, perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, pensijilan halal serta penubuhan ekosistem baharu di Afrika Utara dan Amerika Latin.
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Kos dibiayai Kerajaan untuk deligasi rasmi berjumlah RM1.662 juta
Jelas Menteri Komunikasi merangkap jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, Kerajaan Malaysia membayar untuk penerbangan Perdana Menteri dan beliau tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat.
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
[TERKINI] Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pemain Industri mahu terlibat sama dalam penggubalan yang telus
Pemain industri gig di Malaysia mengeesa penangguhan RUU Pekerja Gig untuk memastikan definisi pekerja gig diperhalusi, peraturan yang seimbang, serta proses yang lebih telus dan inklusif.
Polis kesan orang hilang dari hospital
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seseorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 november lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
LZS perkenal inisiatif Radiuz, tarik masyarakat bayar zakat
Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat (Radiuz) sebagai inisiatif menggalakkan dan menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk membayar zakat.
GISB, anak syarikat tidak pernah bayar zakat - Lembaga Zakat Selangor
Walaupun LZS pernah menjalankan dakwah kutipan zakat di GISB, namun sehingga kini belum ada sebarang pembayaran zakat yang direkodkan diterima daripada GISB dan anak syarikatnya.
Lembaga Zakat Selangor bantu khunsa hilang pekerjaan
Skuad Saidina Umar Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni seorang khunsa musykil yang kini hilang pekerjaan dan menumpang teduh di rumah rakannya.
LZS sasar kutipan zakat perniagaan RM191 juta tahun ini
Sasaran itu boleh dicapai, mengambil kira ribuan entiti perniagaan yang mempunyai potensi besar untuk diteroka LZS di Selangor.
Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan RM10.8 juta
Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan menandatangani plak Jubli Mutiara sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM14, RM21
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM14 dan RM21 seorang mengikut jenis beras yang di makan.
Selebriti, pempengaruh mampu tarik pengikut keluarkan zakat - LZS
Peranan yang dimainkan selebriti dan pempengaruh media sosial dilihat mampu menjadi kelebihan untuk LZS meningkatkan kadar kutipan.
Kesusahan Zaiton Sameon dapat perhatian LZS
Kepayahan hidup penyanyi popular era 80-an, Zaiton Sameon, 67, yang memohon bantuan kewangan kerana hidup sebatang kara mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
LZS catat kutipan, agihan zakat tertinggi, lebih RM1 bilion
Lembaga Zakat Selangor (LZS) mencatat pencapaian bersejarah dengan prestasi agihan dan kutipan zakat tertinggi sejak penubuhannya selama lebih 25 tahun, iaitu melepasi RM1 bilion.