HAMPIR ke penghujung tahun 2018, arena hiburan tempatan kian meriah dengan penampilan beberapa artis ternama dunia yang bakal mengadakan persembahan pentas di sini.
Artis antarabangsa seperti Mariah Carey, Yngwie J Malmsteen, Jacky Cheung, dan Guns n Roses adalah antara yang sudahpun menetapkan tarikh untuk mengadakan konsert jelajah di Malaysia pada suku terakhir tahun ini.
Begitu hebatnya permintaan peminat tanah air hingga dimaklumkan ada tiket konsert yang sudah pun habis dijual!
Barikut disenaraikan konsert-konsert antarabangsa yang bakal berlangsung hingga hujung tahun ini bermula Ogos:
1. Boyzone "In Celebration of Their 25th Anniversary" Tour Live In Malaysia
Selepas 25 tahun membina kerjaya nyanyian bersama, ‘boy band’ terkenal dari Ireland, Boyzone mengumumkan perpisahan mereka.
Sebagai tanda selamat tinggal kepada peminat di seluruh dunia, Boyzone yang dianggotai Keith Duffy, Michael Graham, Ronan Keating dan Shane Lynch akan menemui peminat buat kali terakhir menerusi konsert jelajah di Malaysia.
Tarikh / masa: Jumaat, 24 Ogos @ 8.30pm
Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula RM198 boleh dibeli melalui laman web Star Planet dan MyTicket.Asia.
2. Eric Chou 22PLUS 2018 Asia Tour in Malaysia
Terkenal dengan lagu hits ‘What Love Has Taught Us’ dan ‘How Have You Been?’, penyanyi Mandopop, Eric Chou kembali ke Malaysia buat tahun ketiga berturut-turut dan membawakan versi konsert yang baharu kepada peminatnya di sini.
Tarikh dan masa: Sabtu, 1 September @ 7.30pm
Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM128 boleh dibeli melalui laman web MyTicket.Asia.
3. Genting LIVE with Yiruma
Pemain piano dan komposer, Lee-Ru-Ma atau lebih dikenali sebagai Yiruma menjadikan Malaysia sebahagian daripada senarai konsert jelajahnya pada tahun ini.
Adakah anda teruja untuk mendengar lagu ‘'River Flows in You' dan 'May Be' secara live?
Tarikh dan masa: Sabtu, 1 September @ 8.30pm
Lokasi: Arena Of Stars, Genting Highland
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM191.80 boleh dibeli melalui laman web Resorts World Genting.
4. JJ Lin Sanctuary World Tour [Tiket habis dijual]
Selepas lima tahun, penyanyi dan penulis lagu dari Singapura, penyanyi Mandopop JJ Lin akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsertnya, Sanctuary World Tour.
Tarikh dan masa: Jumaat dan Sabtu, 7-8 September @ 8.00pm
Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil
5. 2018 SEVENTEEN CONCERT 'IDEAL CUT'
Kumpulan K-pop terkenal, SEVENTEEN, yang terdiri daripada 13 anggota iaitu S.Coups, Jeonghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, The8, Mingyu, DK, Seungkwan, Vernon and Dino bakal kembali dengan konsert eksklusif mereka 'IDEAL CUT'.
Tarikh dan masa: Ahad, 23 September @ 6.00pm
Lokasi: MINES International Exhibition & Convention Centre
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM98 boleh dibeli melalui laman web TicketCharge.
6. Shila Amzah "Loving You" World Tour – Genting
Nurshahila Amir Amzah atau lebih mesra dengan panggilan Shila Amzah, mula menempa nama dalam industri muzik peringkat global apabila bakatnya dijulang dalam Asian Wave, sebuah pertandingan nyanyian yang diadakan di Shanghai, China pada 2012.
Beliau kini kembali ke tanah air untuk menghiburkan peminatnya.
Tarikh dan masa: Rabu, 29 September @ 8.30pm
Lokasi: Arena Of Stars, Genting Highland
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM118 boleh dibeli melalui laman web Resorts World Genting.
7. Yngwie Malmsteen Live in Malaysia
Pemain gitar dari Sweden, Malmsteen yang sinonim dengan teknik 'shredder' yang diciptanya bakal tampil di pentas Malaysia bulan depan.
Tergolong antara 10 pemain gitar terbaik dunia sepanjang masa, kehebatannya bermain gitar dengan menggabungkan elemen muzik klasik dengan kelajuan dan kelantangan muzik ‘heavy metal’ menjadikan beliau antara pujaan peminat rock pada era 80-an.
Istimewa buat peminat tempatan, Malaysia menjadi satu-satunya lokasi konsert di benua Asia. Rugi tak pegi, beb!
Tarikh dan masa: Rabu, 29 September @ 9.00pm
Lokasi: Dewan Wawasan, PGRM Kuala Lumpur
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM130 boleh dibeli melalui laman web TicketPro.
8. Jacky Cheung – A Classic Tour
Memanggil semua peminat Jacky Cheung! Penyanyi termasyhur Hong Kong kembali untuk membuka tirai persembahan di Malaysia buat tiga malam berturut-turut pada Oktober.
Tarikh dan masa: Jumaat hingga Ahad, 5-7 September @ 8.00pm
Lokasi: Dewan Wawasan, PGRM Kuala Lumpur
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM258 boleh dibeli melalui laman web Star Planet.
9. IL Divo Timeless Tour Live
IL Divo bakal kembali untuk menghangatkan kedinginan Genting Highlands pada Oktober ini.
Kumpulan vokal yang dianggotai empat ahli iaitu Urs Buhler, Carlos Marín, David Miller dan Sebastien Izambard itu bakal menemui peminat pada konsert Il Divo Timeless Tour to Malaysia 2018 pada Oktober.
Tarikh dan masa: Ahad, 7 Oktober @ 8.30pm
Lokasi: Arena of Stars Genting Highlands
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM146 boleh dibeli melalui laman web Resorts World Genting.
10. Mariah Carey Live In Concert Kuala Lumpur 2018
Berita baik buat peminat setia legenda pop Mariah Carey! Penyanyi tersohor itu telah mengumumkan Malaysia antara destinasi bagi siri jelajahnya 'Mariah Carey, Live In Concert'.
Tarikh dan masa: Selasa, 16 Oktober @ 8.30pm
Lokasi: Dewan Plenary, KLCC
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM398 boleh dibeli melalui laman web PR Worldwide dan MyTicket.Asia .
11. Kenny G World Tour 2018 in Malaysia
Pemain saksofon terkenal, Kenny G akan kembali menghiburkan peminatnya dengan alunan muziknya pada November nanti.
Kenny yang pernah memahatkan namanya dalam Guiness Book of World Records kerana berjaya mengalunkan lagu dalam not E Flat paling lama iaitu selama 45 minit dan 12 saat pasti akan kembali dengan persembahan yang mengagumkan!
Tarikh dan masa: Ahad, 11 November @ 8.30pm
Lokasi: Arena of Stars Genting Highlands
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM138 boleh dibeli melalui laman web Resorts World Genting.
12. Guns N’ Roses Not In This Lifetime Tour Live in KL
Adakah anda bersedia untuk “November Rain”?
Sediakan tiket ‘Night Train’ anda kerana Kuala Lumpur bakal dijadikan ‘Paradise City’ apabila kumpulan rock Guns N’ Roses menggegarkan pentas Malaysia pada November ini.
Tarikh dan masa: Rabu, 14 November @ 8.30pm
Lokasi: Surf Beach @ Sunway Lagoon, Selangor
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM288 boleh dibeli melalui laman web Galaxy Group.
13. The Iron Maidens – Live in Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 2001, The Iron Maidens telah menempa nama sebagai kumpulan wanita terulung yang menjadi artis ‘tribute’ kepada legenda gergasi ‘heavy metal’ Iron Maiden.
The Iron Maidens menyampaikan lagu-lagu klasik Iron Maiden daripada pelbagai era sepanjang karier mereka.
Jadi, sementara menantikan Bruce Dickinson dengan Ed Force One mendarat di KLIA satu hari nanti, jadikan hujung tahun ini sebagai janji temu anda dengan awek rock The Iron Maidens di pentas Kuala Lumpur.
Tarikh dan masa: Sabtu, 15 December @ 9.00pm
Lokasi: Wawasan Hall, PGRM, Kuala Lumpur
Butiran tiket: Jualan tiket dalam talian dengan harga bermula daripada RM130 boleh dibeli melalui laman web TicketPro.
Isabelle Leong
Tue Aug 14 2018
Adakah anda bersedia untuk menggegarkan Malaysia dengan penyanyi / kumpulan kegemaran anda sebelum berakhirnya tahun 2018? - gambar hiasan
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Beberapa jalan ditutup bermula Sabtu hingga petang Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Sabtu hingga jam 3 petang Ahad sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Fadhlina rayu undi calon PH
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Joohari Ariffin untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada pengundian Sabtu ini.
Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.
Malmsteen, Mariah Carey dan 11 lagi konsert bakal gegar pentas Malaysia
Lihatlah senarai bintang antarabangsa yang bakal membuka tirai konsert di Malaysia untuk suku terakhir tahun ini.