KUALA LUMPUR: Mengumpul dan mendokumentasikan khazanah muzik pelbagai genre di Malaysia dalam sebuah buku untuk dinikmati pengemar muzik tanah air adalah antara keunikan buku Malaysian Real Book (MRB) yang dilancar hari ini.
Ia adalah buku seumpamanya yang pertama kali dilancarkan di negara ini atas usahasama Jawatankuasa Malaysian Jazz Piano Festival (MJPF) dengan bantuan komuniti muzik tanah air.
Menurut Pengarah Projek MRB, Micheal Veerapen, projek berkenaan bukan hanya mengumpulkan karya popular industri muzik tanah air, malah dapat menyatupadukan kesemua pemain muzik di negara ini.
"Ini antara fokus utama kenapa MJPF memulakan projek ini. Kami mahu memudahkan semua pemuzik tanah air, pelajar muzik, peminat muzik untuk memainkan muzik tempatan dan tidak hanya muzik luar negara.
"Ia sekali gus dapat memastikan khazanah muzik tempatan tidak dilupakan dan sentiasa menjadi pilihan pemain muzik di negara ini," jelasnya dalam majlis pelancaran The Malaysian Real Book di ibu negara pada Khamis.
Tambahnya, beberapa karya legenda terkenal muzik tanah air turut dimuatkan dalam buku berkenaan.
"MJPF turut mengambil setapak langkah ke hadapan daripada perancangan asal, kami juga memuatkan lirik setiap lagu bagi memudahkan rakyat Malaysia mengikuti karya tempatan ini.
"Dengan adanya lirik, kini setiap peminat dan pengemar muzik tanah air boleh menikmati keunikan kesemua 240 buah lagu karya muzik tempatan, antara yang klasik seperti Jeritan Batinku, Getaran jiwa, Hijau, Sinaran, Geylang Si Paku Geylang dan banyak lagi," jelasnya.
Tambah Veerapan, karya-karya artis dari Sarawak, Sabah serta etnik lain di negara ini juga dimuatkan dalam buku berkenaan.
"Ini adalah koleksi lagu Malaysia yang terbesar dalam sejarah muzik tanah air, buku ini juga mengikut undang-undang hak cipta dan setiap hak cipta telah dibayar kepada pengkarya sebenar," jelas Veerapen.
Orang ramai yang ingin mendapatkan Malaysian Real Book boleh melayari laman sesawang www.malaysianrealbook.com untuk pembelian.
Fareez Azman
Thu Jan 20 2022
The Malaysian Real Book menjadi buku kompilasi karya-karya tempatan pertama di negara ini yang menghimpunkan 240 buah lagu popular pelbagai genre. Foto FB WVC - Malaysian Jazz Ensemble
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Malaysian Real Book, himpun 240 buah lagu terkenal tanah air pelbagai genre
Mengumpul dan mendokumentasikan khazanah muzik pelbagai genre di Malaysia dalam sebuah buku untuk dinikmati pengemar muzik tanah air adalah antara keunikan buku Malaysian Real Book (MRB).