KUALA LUMPUR: Tidak sampai beberapa bulan, penyanyi, Fabio Asher sekali lagi “singgah” ke Malaysia buat bertemu dengan peminat setianya menerusi konsert Fabio Asher live in Kuala Lumpur 2.0.
Lebih istimewa apabila peminat yang hadir dapat mendengarkan lagu-lagu baharu nyanyian Fabio secara langsung buat pertama kali.
Mengakui teruja untuk kembali ke Malaysia, pelantun lagu Bertahan Terluka memberitahu kepada peminat bahawa dia akan kembali ke Malaysia untuk kali yang ketiga tahun hadapan.
“Saya akan kembali ke Malaysia lagi tahun depan untuk festival galau,” katanya ringkas kepada peminat yang hadir di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu.
Peminat-peminat yang hadir juga sangat berpuas hati dengan persembahan yang sangat bertenaga dari Fabio.
Menurut salah seorang peminat yang hadir, Syafiqah Idayu ini merupakan kali kedua dia datang ke Konsert Fabio.
“Saya minat dia dari lagu Bertahan Terluka lagi, konsert pertama pun saya pergi, saya sangat berpuas hati, kalau datang tahun depan saya tak akan lepaskan peluang untuk datang dan berjumpa dengan Fabio,” katanya kepada Astro AWANI.
Selain Syafiqah, Mughny Afif juga berkongsi keterujaanya apabila dapat hadir ke konsert Fabio dan menyaksikan bekas peserta X Factor Indonesia itu menyanyikan lagu-lagu hitnya secara langsung.
Fabio menyanyikan 17 buah lagu antaranya Bertahan Terluka, Rumah Singgah, Hati Lain di Hatimu, Tanpa Rasa Bersalah, dan Akhir yang Manis.
Selain Fabio, konsert ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan jemputan daripada Ara Johari dan juga persembahan spontan daripada bekas peserta Big Stage, Aisha Retno.
Pertama kali Fabio Asher datang ke Malaysia adalah pada 14 Oktober 2022 sempena konsert Fabio Asher live in Kuala Lumpur.
Asyraf Roslan
Mon Feb 27 2023
Fabio menyanyikan 17 buah lagu antaranya Bertahan Terluka, Rumah Singgah, Hati Lain di Hatimu, Tanpa Rasa Bersalah, dan Akhir yang Manis. - Astro AWANI/Asyraf Roslan
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
Malaysia bukan 'Rumah Singgah' Fabio Asher
Mengakui teruja untuk kembali ke Malaysia, pelantun lagu Bertahan Terluka memberitahu kepada peminat bahawa dia akan kembali ke Malaysia untuk kali yang ketiga tahun hadapan.