PELAKON Didie Alias berkongsi perkembangan terkini pelakon Halimatussa’diah Mohd. Daud, 61, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan Latah setelah mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping, Perak pada 28 Julai lalu atas tuduhan meludah pembanti peribadinya, bulan lalu.
Menurut Didie, Mak Wan berbuat demikian kerana dia percaya pelakon senior itu mahu menjaga maruah diri dan reputasi sebagai seorang pelakon.
“Saya ada hubungi Mak Wan selepas dia ke mahkamah tempoh hari. Menerusi panggilan itu juga dia masih tidak mengaku bersalah untuk menjaga maruah dan reputasinya. Saya faham kenapa dia berbuat demikian.
“Memang ada sembilan saksi daripada pihak sana, tetapi adakah mereka sediakan bukti yang mengatakan Mak Wan meludah pembantu peribadinya itu?” katanya kepada Gempak.
Menurut Didie, dia sendiri tidak faham mengapakah pihak sebelah sana masih mahu meneruskan tindakan undang-undang kepada Mak Wan, walaupun isu berkenaan bukanlah satu isu yang besar.
“Besar sangat ke isu ini untuk dipanjangkan? Tak tahulah pihak sebelah sana tak puas hati ke sebab saya tak pergi berjumpa dengannya? Itu saya tak pasti.
“Saya pun tak faham kenapa dia nak jatuhkan Mak Wan. Mak Wan bukan level artis popular yang kau nak jatuhkan. Hentikanlah benda mengarut ini. Bukan saya nak raih simpati sebab saya hanya jadi pendengar dan penasihat sahaja.
“Apa yang dia akan dapat kalau lawan kes ni? Mak Wan tak ada duit, tak ada harta. Dia hanya ada kasih sayang untuk anak-anak dia sahaja. Tak payahlah buat orang tua tu sampai terduduk ke tanah,” katanya lagi.
Terdahulu, mengikut kertas pertuduhan, Mak Wan didakwa sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai Batu Kurau pada pukul 7 petang, 24 Jun lalu.
Pelakon veteran itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 5 September 2022 untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.
Konflik antara pelakon drama itu dengan bekas pembantu peribadinya dikenali Amell itu mendapat perhatian umum sejak Jun lalu ekoran pendedahan wanita tersebut menerusi beberapa video tentang Mak Wan di akaun TikToknya.
Menerusi video berkenaan, pelakon itu didakwa sebagai seorang yang panas baran.
Kes itu berlarutan apabila pelakon veteran tersebut mendakwa menjadi mangsa pukul Amell yang dikatakan membabitkan isu duit.
Bekas pembantu pelakon itu bagaimanapun dilaporkan berkata, dia bertindak demikian selepas Mak Wan meludahnya apabila dia bertanyakan satu soalan yang tidak boleh diterima tertuduh.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Tue Aug 02 2022
Didie Alias simpati dengan nasib Mak Wan Latah yang diheret ke mahkamah oleh bekas pembantu peribadi pelakon veteran itu.
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Malaysia perkukuh keselamatan siber demi ekosistem digital yang selamat
Ketahui bagaimana Malaysia memimpin usaha keselamatan siber melalui perundangan dan dasar strategik, termasuk Akta Keselamatan Siber dan undang-undang perlindungan data yang diperbaharui. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkongsi pandangan dalam sesi panel World Economic Forum, menekankan kepentingan kepercayaan awam terhadap platform digital untuk mendorong ekonomi digital negara ke hadapan.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
"Mak Wan tidak berduit, tiada harta, tidak perlu jatuhkan dia" - Didie Alias simpati nasib Mak Wan Latah
Hentikan benda mengarut, nasihat Didie pada pihak yang heret Mak Wan Latah ke mahkamah.
Mak Wan Latah mengaku tidak bersalah ludah pembantu peribadi
Mak Wan didakwa sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.
Mak Wan Latah ke mahkamah 28 Julai - Didie Alias kongsi perkembangan isu dengan bekas pembantu peribadi
Didie Alias harap isu Mak Wan Latah dapat diselesaikan secepat mungkin.