SIAPA tidak kenal dengan Hetty Keos Endang?
Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu.
Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet.
Penggunaan perkataan seperti "gebrek", "tembakannya tepat', dan aksi bersahaja Hetty, 64, dalam segmen "Menurut Bunda" pada minggu ketujuh, antara yang tular di media sosial.
Mesra dengan panggilan Bunda Hetty, pengetahuan terhadap bidang muzik yang luar biasa meletakkan penyanyi malar segar itu pada kelasnya tersendiri.
Menariknya, dalam kehangatan menuju malam final GV8 yang berbaki dua minggu lagi, Astro Ria bakal menyiarkan segmen khas “Gegar Vaganza - Bunda Petik”.
Rancangan selama sejam bersama juri terkenal itu bakal menemui penonton pada 15 dan 22 Januari (Sabtu) ini, bermula pukul 10 malam.
Menerusi rancangan dua episod itu, Hetty bersama tetamu selebriti akan menyanyikan lagu dan melemparkan cabaran nyanyian secara spontan kepada tetamu.
Selain itu, Hetty secara spontan akan melontarkan cabaran kepada mereka untuk menyanyikan beberapa buah lagu bersamanya.
Rancangan “Gegar Vaganza – Bunda Petik” akan dihoskan oleh selebriti terkenal iaitu Elly Mazlein (episod 1) dan Sherry Al Hadad (episod 2).
Antara penyanyi yang bakal tampil dalam rancangan tersebut ialah Azharina, Lan Solo, dan Naqiu.
GV8 yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan Nabil Ahmad bersama Jihan Muse.
Selain Hetty, dua lagi juri tetap yang akan menilai peserta selama 10 minggu ialah pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.
GV8 menampilkan Fazley Yaakob, Nikki Palikat, Aweera, Adibah Noor, Azan Scan, Shidee, Suki, Nico, Bandi Amuk, Ani Mayuni, duo pelawak Saiful Apek dan Yassin Senario, Upiak Isil dari Indonesia dan Aliff Aziz (Singapura).
Hasimi Muhamad
Wed Jan 12 2022
Penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang merupakan juri tetap Gegar Vaganza yang dihormati kawan dan lawan. - Gambar Instagram Hetty Koes Endang
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
25 tahun 'rehat', Scan harap tuah Pandang Pertama
Selepas 25 tahun berehat, kumpulan muzik rock Scan akhirnya tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Pandang Pertama.
Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" pada 15, 22 Januari
Rancangan selama sejam bersama juri terkenal itu bakal menemui penonton pada 15 dan 22 Januari (Sabtu) ini, bermula pukul 10 malam.
Sibuk dengan GV bukan penghalang Aweera sertai misi bantuan banjir
Aweera pada Isnin lalu mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Sri Tanjung, Dengkil bersama kumpulan sukarelawan Projek Jalinan Kasih 6.0.
Gegar Vaganza 8: Hilang banyak markah pada vokal punca Fazley tersingkir - Ramli MS
Dibandingkan secara keseluruhan, Fazley hanya mengumpul markah 50 peratus, kurang 0.5 peratus dari penyanyi negara seberang, Upiak Isil.
Peroleh markah tercorot, Nico G bintang GV8 pertama tersingkir
Persembahan bintang pada konsert ketiga dinilai oleh juri tetap GV8, Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, dan Hetty Koes Endang.