PELAKON Nadya Syahera tidak menafikan ada orang ketiga yang pernah cuba untuk 'mengganggu' keharmonian rumah tangganya bersama usahawan Fizul Nawi sebelum ini.
Nadya, 29, berkata cubaan tersebut kemungkinan berlaku disebabkan ada wanita tertarik dengan kesenangan hidup suaminya.
Bagaimanapun, Nadya kembali bertanya adakah wanita tersebut mampu untuk menjalani kehidupan bersama suaminya untuk tempoh yang lama.
“Sebelum ini saya ambil tahu dan dapat tahu ada juga (cubaan mendekati suami) mereka nampak daripada segi material kot saya rasa.
“Tapi kalau kau ada dalam tempat aku, kau sanggup tak ‘duduk’ seperti aku. Aku dah lapan tahun tau, kau baru nak masuk duduk tiga atau empat bulan, better tak payah dik.
“Lupakan nak ambil laki kakak… ha macam itu.
"Kalau kau sanggup bertahan macam kakak, I bet you potong jari, pergilah. Ambillah,” kata Nadya ketika ditemui ketika majlis pelancaran produk Nano Cosmetic, baru-baru ini.
Pada acara sama, Nadya turut diperkenalkan sebagai duta jenama berkenaan yang berlangsung di Magica Suite, Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Nadya memilih untuk bersikap rasional dan tidak menafikan sekiranya ujian tersebut berlaku, dia berserah.
“Saya daripada dahulu berpegang kepada satu perkara iaitu kalau saya rasa boleh meneruskan, saya akan teruskan. Begitu juga sebaliknya.
"Tak kisahlah apa sahaja yang orang bercakap mengenainya, yang berada di dalam ‘kasut’ itu ialah kita.
“Jadi kita yang lebih tahu pasangan kita bagaimana dan kita yang perlu rasa yakin untuk diri sendiri sama ada mampu (untuk teruskan perkahwinan) atau tidak.
"Macam saya, sekali rasa boleh hadap, saya hadap.
“Akan tetapi saya percaya Allah tidak akan membiarkan hambaNya dalam keadaan yang terlalu teruk. Suatu hari insya-Allah Dia akan tarik kita ke jalan yang lebih baik.
"Jadi apa yang telah berlaku di dalam rumah tangga saya sama ada yang baik atau tidak, itu adalah kehendakNya.
“Kalau ada rezeki hubungan kami hingga ke syurga, saya bersyukur. Kalau tergantung di pertengahan jalan saya tak boleh nak melawan takdir.
"Apa pun di dalam rumah tangga ini, bagi saya kena perlu banyak berkomunikasi dan ada tolak ansur,” katanya lagi.
Untuk info, Nadya dan Fizul mendirikan rumah tangga pada September 2015 dan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Aleena Rose, Mohamad Dayyan dan Muhammad Barr Adam. -Media Hiburan
Media Hiburan
Sun Mar 19 2023
!['Lupakanlah hasrat nak ambil laki akak, potong jarilah kalau kau sanggup' - Nadya Syahera 'Lupakanlah hasrat nak ambil laki akak, potong jarilah kalau kau sanggup' - Nadya Syahera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679203805_NadyaSyahera.jpg)
Nadya berkata cubaan tersebut kemungkinan berlaku disebabkan ada wanita tertarik dengan kesenangan hidup suaminya. -Media Hiburan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Aktiviti hiburan, bunyi-bunyian muzik pada malam Jumaat dilarang di Kelantan - Exco Aktiviti hiburan, bunyi-bunyian muzik pada malam Jumaat dilarang di Kelantan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721824656_950x600.jpg)
Aktiviti hiburan, bunyi-bunyian muzik pada malam Jumaat dilarang di Kelantan - Exco
Hilmi Abdullah berkata perkara itu termaktub dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
![Azlee stabil, dalam pemantauan IJN - Yassin Azlee stabil, dalam pemantauan IJN - Yassin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717661298_tbAzleeSenarioIJN.jpg)
Azlee stabil, dalam pemantauan IJN - Yassin
Rakan artis yang juga anggota Senario, Yassin memaklumkan Azlee berada dalam keadaan baik dan dalam pemantauan IJN.
![THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716129989_TBDATINALYAH.jpg)
THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Alyah yang terpaksa mengundurkan diri daripada pertandingan mendoakan agar para peserta lain meneruskan dengan sehabis baik.
![Gara-gara tersiku, lelaki maut ditumbuk Gara-gara tersiku, lelaki maut ditumbuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711455191_TBmaut.jpg)
Gara-gara tersiku, lelaki maut ditumbuk
Gara-gara tersiku ketika berjalan dipercayai punca tercetusnya pergaduhan antara dua lelaki yang berakhir dengan kematian di sebuah pusat hiburan, awal pagi Sabtu lepas.
![Anuar Zain rai ulang tahun ke-54 bersama 1,000 peminat Anuar Zain rai ulang tahun ke-54 bersama 1,000 peminat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708240216_anuarzain.jpg)
Anuar Zain rai ulang tahun ke-54 bersama 1,000 peminat
Anuar menghargai peminat yang tidak jemu menyokongnya dan menjadi tulang belakang hingga mampu bertahan empat dekad.
![Kanak-kanak Palestin terbang layang-layang, imbas kembali aktiviti sebelum perang Kanak-kanak Palestin terbang layang-layang, imbas kembali aktiviti sebelum perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707526141_TBGazachildren.jpg)
Kanak-kanak Palestin terbang layang-layang, imbas kembali aktiviti sebelum perang
Kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel dilihat menerbangkan layang-layang berwarna-warni di kawasan perkhemahan sementara mereka di Rafah.
![Pihak berkuasa Thailand hantar pulang suspek kes bunuh ke Malaysia Pihak berkuasa Thailand hantar pulang suspek kes bunuh ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706785286_HandcuffGari.jpg)
Pihak berkuasa Thailand hantar pulang suspek kes bunuh ke Malaysia
Seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang disyaki membunuh pekerjanya telah ditahan di lapangan terbang Bangkok pada Ahad dan dihantar pulang ke negara asal pada Isnin.
![Alif Satar kemalangan Alif Satar kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703850326_ALIFSATARACCIDENT.jpg)
Alif Satar kemalangan
Penyanyi dan pelakon itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.
![Garis panduan aktiviti hiburan di IPT: Penglibatan MPP penuhi aspirasi mahasiswa Garis panduan aktiviti hiburan di IPT: Penglibatan MPP penuhi aspirasi mahasiswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694053600_hiburan.jpg)
Garis panduan aktiviti hiburan di IPT: Penglibatan MPP penuhi aspirasi mahasiswa
MPP UMK sambut baik keputusan KPT memberi autonomi kepada mahasiswa dan universiti bagi merangka bersama garis panduan tersebut.
![Perlu lebih berhati-hati jaga sensitiviti agama dalam program hiburan - Mohd Nai'm Perlu lebih berhati-hati jaga sensitiviti agama dalam program hiburan - Mohd Nai'm](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693119843_TBNaimMokhtar.jpg)
Perlu lebih berhati-hati jaga sensitiviti agama dalam program hiburan - Mohd Nai'm
Katanya, walaupun program hiburan dibenarkan, sensitiviti agama, adab dan adat perlu dijaga demi memastikan kandungan yang bersesuaian.