CEF selebriti, pakar motivasi, hos dan pelakon, Datuk Fazley Yaakob dan isterinya, Datin Azrene Soraya telah menyambut ulang tahun perkahwinan ke-13 pada tahun ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fazley telah memuat naik sebuah video bersama isterinya beserta ucapan ulang tahun perkahwinan mereka hari ini.

"Kepada isteri ku yang cantik, Adik Sayang @azrene_ahmad, terima kasih perkahwinan yang memasuki tahun ke 13. Tanggal 7 November adalah tarikh kita sah menjadi suami dan isteri, berkat doa ibu dan arwah bapa, mama dan papa, wanda, adik beradik, serta semua keluarga.

"Abang berjaya juga melafazkan akad nikah dan kita sehidup semati dengan izin Allah. Dugaan demi dugaan, rintangan demi rintangan agar kita dipisahkan, namun tentunya Allah lebih berkuasa.

To my beautiful wife, Adik Sayang @azrene_ahmad - Thank you so very much for the most wonderful 13 years of my life, and both of our lives together. 7th November, the day we both officially became husband and wife, berkat doa ibu & arwah bapak, mama & papa, wanda, adik beradik, serta semua keluarga.. abang berjaya juga melafazkan akad nikah dan kita sehidup semati dengan izin Allah. Dugaan demi dugaan, rintangan demi rintangan agar kita dipisahkan, namun tentunya Allah lebih berkuasa. . Tidak akan ada orang tahu sepenuhnya apa yang telah kita lalui untuk bersama dan kekal bersama demi anak-anak tersayang. Kita bersabung nyawa, tergadai maruah, hilang punca rezeki namun dengan kuasa Allah, kasih sayang kita tetap berkekalan. . Terima kasih Adik Sayang, kerana sentiasa menjadi kekuatan abang, sentiasa tersenyum walaupun ketika kita sentiasa dipaksa untuk berpisah, sentiasa manja dengan abang walau pun hati penuh kerisauan, sentiasa sabar bersama abang walaupun maruah abang dipijak2 oleh insan yang seharusnya mendoakan kita. Allah menduga namun Allah jualah yang memberikan keberkatan. . Lagu ini dulu Abang hasilkan khusus buat Adik Sayang, terima kasih kerana sudi menjadi sahabat Abang seumur hidup, isteri sehingga berpisah mati.. moga syurgalah tempat mu nanti, berkat menjadi isteri yang begitu sempurna dalam hidup abang.. LOVE YOU VERY MUCH ADIK SAYANG! HAPPY 13TH ANNIVERSARY!! . NOVEMBER ITU (Lagu/Lirik : Fazley Yaakob) . Terdengar hembusan bayu membisikkannya untukku Terdengar desiran lafaz pendam rindunya padaku Manis tak selalu madu pahit tak selalu racun Saat mimpi terukir jua ohh . November itu kau jadi milikku November itu cinta telah bersatu November itu penghujung cerita November itu ku raja hatimu kasih Kau ratu hatiku . Masih bisa aku membayangkan segala rentetan Masih mampu aku memutar memoriku selalu Manis tak selalu madu pahit tak selalu racun Saat mimpi terukir jua . November itu kau jadi milikku November itu cinta telah bersatu November itu penghujung cerita November itu ku raja hatimu kasih Kau ratu hatiku 7 November ❤️

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


"Tidak akan ada orang tahu sepenuhnya apa yang telah kita lalui untuk bersama dan kekal bersama demi anak-anak tersayang. Kita bersabung nyawa, tergadai maruah, hilang punca rezeki namun dengan kuasa Allah, kasih sayang kita tetap berkekalan.

"Terima kasih Adik Sayang, kerana sentiasa menjadi kekuatan abang, sentiasa tersenyum walaupun ketika kita sentiasa dipaksa untuk berpisah, sentiasa manja dengan abang walau pun hati penuh kerisauan, sentiasa sabar bersama abang walaupun maruah abang dipijak-pijak oleh insan yang seharusnya mendoakan kita. Allah menduga namun Allah jualah yang memberikan keberkatan.

"Lagu ini dulu Abang hasilkan khusus buat Adik Sayang, terima kasih kerana sudi menjadi sahabat Abang seumur hidup, isteri sehingga berpisah mati. Moga syurgalah tempat mu nanti, berkat menjadi isteri yang begitu sempurna dalam hidup abang. LOVE YOU VERY MUCH ADIK SAYANG! HAPPY 13TH ANNIVERSARY!," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Fazley dan Azrene.

Fazley dan Azrene berkahwin pada 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma,1.