Remaja berusia 14 tahun, Mohd Syukor Khamis yang diberi gelaran Mowgli Malaysia mahu menumpukan pada pelajaran selepas mencuba bakat dalam bidang lakonan.

Syukor bakal muncul dalam telefilem berjudul Budok Kuba yang bakal disiarkan menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.

Amar cuma ada mok setelah ayoh tinggal kan mereka untuk hidup di bandar. Dan kuba dan segala binatang tok Ki menjadi teman baiknya. Melalui gambar dan video viral “budak kerbau” kini ke kaca tv. Sebuah konflik keluarga keluarga tentang nilai kasih sayang yang menyaksikan perhubungan sesama manusia tiada ertinya jika tanpa kasih sayang, sebaliknya kasih sayang antara manusia dan haiwan mampu mengatasinya. Ammar memilih Kuba sebagai tempat memgadu dan bersahabat bagi mengisi kekosongan dirinya. Namun keluarga memilih untuk memisahkan mereka. #BudokKuba #AstroCitra #CitraHd #CitraExclusive Sabtu 20 Julai , 9 Malam. Lakonan hebat Dato’ Fizz Fairuz, Wan Hanafi Su , Emelda Rosemila , Kamaliah Md Dom, Sarah Daud Memperkenalkan adik Syukur Khamis

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


"Sebenarnya, saya hanya mahu mencuba sahaja berlakon. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pelakon lain seperti Datuk Fizz Fairuz dan Emelda Rosmila banyak membantu saya.

"Saya dapat belajar banyak perkara baru sepanjang penggambaran yang berlangsung selama tujuh hari. Selepas ini, saya mahu berehat dan menumpukan perhatian dalam bidang pelajaran," kata Syukor ketika ditemui oleh Gempak.

Tambah Syukor, guru dan rakan-rakan sekolahnya juga mengetahui penglibatannya dalam bidang lakonan.

"Cikgu dan kawan-kawan sekolah tahu saya berlakon dalam telefilem ini. Mereka gembira melihat saya dapat mencuba perkara baru dan menyokong saya mengembangkan bakat.

"Pengarah juga memahami kesukaran saya sebagai pelakon baru untuk menghafal skrip yang panjang jadi dialog saya cuba dipendekkan mengikut kesesuaian," katanya lagi.

Setelah kepergian mok, ayoh kembali menuntut Amar dari Tok Ki. Relakah Amar berpisah dengan segala Kuba dan tok Ki? Melalui gambar dan video viral “budak kerbau” kini ke kaca tv. Sebuah konflik keluarga keluarga tentang nilai kasih sayang yang menyaksikan perhubungan sesama manusia tiada ertinya jika tanpa kasih sayang, sebaliknya kasih sayang antara manusia dan haiwan mampu mengatasinya. Ammar memilih Kuba sebagai tempat memgadu dan bersahabat bagi mengisi kekosongan dirinya. Namun keluarga memilih untuk memisahkan mereka. #BudokKuba #AstroCitra #CitraHd #CitraExclusive Sabtu 20 Julai , 9 Malam. Lakonan hebat Dato’ Fizz Fairuz, Wan Hanafi Su , Emelda Rosemila , Kamaliah Md Dom, Sarah Daud Memperkenalkan adik Syukur Khamis

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on



Kisah hidup Syukor juga telah menginspirasikan sebuah filem pendek Hari Raya, namun Budok Kuba terbitan Arie Zaharie Production merupakan telemovie pertama yang menyaksikan kemunculan Syukor sebagai pelakon utama.

Kisah Budok Kuba nukilan Jo Sidek merupakan kisah fiksyen diinspirasikan daripada foto Syukor yang diambil oleh dua individu iaitu jurugambar Mohd Nazri Sulaiman dan Pegawai Kebudayaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu, Abdullah Deen Mohd Zain.

Foto yang diambil oleh Mohd Nazri berjaya merangkul anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic – Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.

Budok Kuba yang diarahkan oleh Hashim Rejab berkisarkan mengenai kisah seorang budak bernama Amar (lakonan Syukor). Ibu kepada Amar diceraikan oleh suaminya sesudah berkahwin buat kali kedua.

Ibu membawa Amar pulang ke kampung halaman di Terengganu untuk tinggal bersama datuknya. Amar pada mulanya sukar untuk menyesuaikan diri dengan hidup daripada bandar ke kampung, daripada berkeluarga kepada tiada bapa.

Bermula dengan enggan, kemudian kembali dengan alasan. Relakah tok Ki melepaskan Amar pada Ayoh dan isteri barunya untuk menjaga Amar? Melalui gambar dan video viral “budak kerbau” kini ke kaca tv. Sebuah konflik keluarga keluarga tentang nilai kasih sayang yang menyaksikan perhubungan sesama manusia tiada ertinya jika tanpa kasih sayang, sebaliknya kasih sayang antara manusia dan haiwan mampu mengatasinya. Ammar memilih Kuba sebagai tempat memgadu dan bersahabat bagi mengisi kekosongan dirinya. Namun keluarga memilih untuk memisahkan mereka. #BudokKuba #AstroCitra #CitraHd #CitraExclusive Sabtu 20 Julai , 9 Malam. Lakonan hebat Dato’ Fizz Fairuz, Wan Hanafi Su , Emelda Rosemila , Kamaliah Md Dom, Sarah Daud Memperkenalkan adik Syukur Khamis

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Tetapi, selang beberapa tahun, Amar menemui ketenangan di kalangan kerbau-kerbau dan haiwan ternakan lain milik datuknya, Pak Mail (lakonan Wan Hanafi Su).

Haiwan itu semua tak ubah seperti kawan-kawannya sendiri. Konflik membara apabila Zali (lakonan Datuk Fizz Fairuz), bapa Amar, berubah hati setelah hidup bersama isteri mudanya (lakonan Emelda Rosmila) kerana tidak dikurniakan cahaya mata.

Tidak mahu berputus dengan satu-satu zuriat yang tinggal, Zali nekad untuk mengambil dan seterusnya membawa Amar pulang untuk tinggal bersamanya. Namun Amar juga tidak sanggup berpisah dengan haiwan ternakan atuknya – lebih-lebih lagi seekor kerbau kesayangannya.

Melalui gambar dan video viral “budak kerbau” kini ke kaca tv. Sebuah konflik keluarga keluarga tentang nilai kasih sayang yang menyaksikan perhubungan sesama manusia tiada ertinya jika tanpa kasih sayang, sebaliknya kasih sayang antara manusia dan haiwan mampu mengatasinya. Ammar memilih Kuba sebagai tempat memgadu dan bersahabat bagi mengisi kekosongan dirinya. Namun keluarga memilih untuk memisahkan mereka. #BudokKuba #AstroCitra #CitraHd #CitraExclusive Sabtu 20 Julai , 9 Malam. Lakonan hebat Dato’ Fizz Fairuz, Wan Hanafi Su , Emelda Rosemila , Kamaliah Md Dom, Sarah Daud Memperkenalkan adik Syukur Khamis

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Setelah didesak, Amar melarikan diri ke pinggir hutan bersama kerbau tersebut, dan segala usaha mencari gagal.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Amar? Jangan lupa saksikan Budok Kuba pada malam ini, 20 Julai, jam 9 malam di Astro Citra (131) dan Citra HD (126).

Kredit foto: Dallah Deen Photography, Instagram Syukor