Bintang “Django Unchained" dan "Titanic” Leonardo DiCaprio berkata bahawa beliau sedang merancang untuk berehat panjang daripada penggambaran dan menumpukan perhatian ke atas kempen alam sekitarnya.

Dalam sebuah temuramah dengan suratkhabar Jerman, Bild, pelakon berusia 38 tahun itu berkata: “Saya agak keletihan. Saya akan berehat untuk tempoh yang sangat, sangat panjang. Saya telah berlakon dalam tiga filem dalam dua tahun dan saya sangat penat.”

“Saya ingin memperbaiki dunia sedikit. Saya akan pergi mengelilingi dunia membuat kebaikkan untuk alam sekitar,” tambah DiCaprio, di dalam komentari yang diterbitkan did daalam Bahasa Jerman.

Pada ketika ini, DiCaprio sedang membintangi “Django Unchained” yang diarahkan oleh Quentin Tarantino dan telah meraih dua anugerah Golden Globes Ahad lepas.

Beliau juga baru-baru ini telah berlakon dalam filem "The Great Gatsby" yang diarahkan oleh Baz Luhrmann serta "The Wolf of Wall Street” yang diarahkan oleh Martin Scorsese.

Beliau, dalam melafaskan niat ‘hijau’ beliau, berkata: “Bumbung saya diperbuat daripada panel solar. Kereta saya kereta elektrik. Orang biasa tak pandu lebih daripada 50 kilometer sehari. Itu boleh dilakukan dengan palam.”