KUALA LUMPUR: Lebih 150 penggiat seni, rakan artis, wartawan dan ahli kariah masjid menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil buat insan seni yang telah meninggal dunia di Surau Ibadurrahman, Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Lembah Pantai, di sini malam tadi.
Majlis anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) sempena Majlis Semarak Zulhijah itu diadakan dengan kerjasama surau berkenaan bermula 7 malam.
Jurucakap majlis Akhmarulizam Ahmad berkata antara insan seni yang telah meninggal dunia dan didoakan dalam majlis tahlil itu ialah wartawan hiburan terkenal Allahyarham Kamal Huzaini Kamaludin serta artis veteran Datuk Hail Amir, Pyan Habib dan Jaafar Onn.
Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia berkata majlis tahlil ini juga untuk penduduk PPR Kampung Limau.
Sementara itu, Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata Surau Ibadurrahman dipilih sebagai lokasi majlis kerana ia merupakan masjid kesukaan Allahyarham Kamal Huzaini atau mesra dipanggil Huzz yang meninggal dunia pada 8 Jun lepas.
"Kami pernah buat majlis sempena Zulhijah sebelum ini, tetapi dah lama tidak buat," katanya sambil menambah majlis bacaan Yasin dan Tahlil itu diadakan sesuai pada waktunya berikutan terdapat beberapa rakan artis telah meninggal dunia baru-baru ini.
Freddie berkata mengikut perancangan awal dalam satu atau dua minggu ini Karyawan juga akan mengadakan kunjungan ke rumah artis yang susah antaranya seorang artis bernama Iqbal yang mempunyai masalah penglihatan dan akan dibantu.
Penyanyi legenda Datuk Khatijah Ibrahim pula berkata kehadiran penggiat seni pada majlis bacaan Yasin dan Tahlil itu sangat menggalakkan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa.
"Kita akan buat banyak lagi kerja amal untuk semua rakan seperjuangan termasuk dalam penulisan, jurukamera, jurusolek artis dan lain-lain," katanya yang turut memberi sumbangan kepada pihak Surau Ibadurrahman malam ini.
Mengenai Allahyarham Huzz, Khatijah yang membahasakan dirinya ibu berkata arwah gemar datang ke Surau Ibadurrahman.
"Ia satu nostalgia buat kami dalam mengingati beliau, seorang wartawan yang sangat berhemah. Selama menjadi artis, saya selesa dengan arwah dan senang hati apabila ditemu ramah oleh beliau," katanya.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan solat maghrib disusuli dengan solat hajat dan bacaan Yasin serta Tahlil bagi memperingati insan seni yang meninggal dunia.
Hadir sama Timbalan Presiden Karyawan Radhi Khalid.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024
Suasana majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk penggiat seni yang telah meninggal dunia pada Majlis Semarak Zulhijjah di Surau Ibadurrahman, PPR Kampung Limau, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.
Tiga nelayan hilang di laut
Ketiga-tiga nelayan berkenaan iaitu dua warga tempatan dan seorang rakyat Thailand hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kurau, Perak.
AWANI Ringkas: Elak salah laku oleh majikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ops Selamat 2025 catat penurunan kemalangan berbanding 2024
Sehingga hari kelima pelaksanaan Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, statistik kemalangan catat penurunan jumlah kemalangan berbanding Ops Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Festival Seni Insan Istimewa di KL Gateway Mall, 30 Oktober ini
Festival itu bakal diadakan di pusat beli-belah KL Gateway Mall, pada 30 Oktober ini, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
PEMULIH beri ruang penggiat seni, produksi untuk 'bernafas'
Bantuan itu memperlihatkan kerajaan tidak meminggirkan keperluan petugas industri itu yang amat terkesan sejak pendemik tersebut melanda negara tahun lepas.
Rakam, format kembali hasil karya untuk tayangan dalam talian - Adlin Aman Ramlie
Adlin berpendapat pementasan teater secara dalam talian dapat memastikan jangka hayat karya berkenaan berpanjangan.
Beri peluang kepada kepimpinan baharu Finas - Karyawan
Kepimpinan Zakaria Abd Hamid yang baru dilantik ke jawatan itu pada 23 Mei lepas, harus diberi masa bagi melaksanakan perubahan.
Isu royalti perlu diselesaikan segera di bawah satu badan
Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata isu berkenaan sudah banyak kali dibincangkan namun masih belum ada jalan penyelesaian terbaik.
Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.
Karyawan terkenal, Sutung Umar RS meninggal dunia
Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata.
DBP bimbang penulis muda terpengaruh karya 'indie'
Datuk Seri Md Salleh Yaapar berkata kecenderungan terhadap karya 'indie' boleh merosakkan bahasa Melayu dan jati diri bangsa Melayu.
Malaysia sasar menang Hadiah Nobel
Malaysia mensasarkan untuk memenangi Hadiah Nobel hasil karya tokoh akademik, sarjana dan karyawan dalam tempoh kurang 50 tahun akan datang.
Acara santai memperingati MH370 oleh anak-anak muda
Pelbagai aktiviti disusun sehingga 9.00 malam termasuk bacaan puisi, grafitti, persembahan muzik, pameran seni dan ruang untuk berkongsi ucapan dan harapan untuk MH370.