KUMPULAN Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Youk dan Paan telah melancarkan minyak wangi keluaran pertama mereka, Bunkface Revolution.
Gitaris kumpulan Bunkface, Paan berkata bau wangian tersebut dipilih sendiri oleh mereka dan proses pemilihan yang dilakukan adalah begitu teliti.
“Bau wangian Bunkface Revolution ini dipilih sendiri oleh kami dan memang saya akui sukar untuk mendapatkan bau yang sesuai.
“Boleh dikatakan berpuluh bauan jugalah yang perlu kami hidu semata-mata ingin dapatkan bau yang kena dengan jiwa kami.
“Bayangkan sampai pening kepala apabila sudah hidu terlalu banyak, macam-macam bauan ada sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.
“Tapi tak kisahlah sebab Bunkface Revolution ni umpama hadiah kami kepada peminat setia yang menyokong sejak dari awal penubuhan Bunkface,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Dalam pada itu, bercakap mengenai produk tersebut, Sam yang juga merupakan vokalis kumpulan Bunkface memberitahu sudah tiba masanya untuk mereka mengorak langkah dalam bidang perniagaan.
“Saya tak kisah jika orang nak kata kami ikut trend artis lain meniaga sebab saya rasa sudah tiba masanya untuk kami memulakan perniagaan.
“Ini tahun 2016, semua orang perlukan perniagaan sebagai backup untuk masa depan. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi.
“Untuk survive dalam dunia ini kita tak boleh fikir sangat apa orang nak kata, jadi bila ada kata-kata negatif yang diberikan tak perlu layan, biarkan saja.
“Lagipun, waktu perbincangan untuk buat perfume ini dilakukan pada awal tahun ini, rasanya belum ada lagi penyanyi yang mempunyai produk wangian kecuali Kaka.
“Alhamdulillah, ini rezeki. Orang kata rezeki jangan ditolak. Tak salah jika kami hendak cuba sesuatu yang baru dan saya rasa Bunkface adalah satu-satunya penyanyi berkumpulan yang ada produk wangian sendiri,” ujarnya.
Bunkface Revolution dikeluarkan dalam dua versi iaitu For Him untuk lelaki dan For Her untuk wanita.
Produk wangian mereka sudah pun berada di pasaran sejak Februari lalu dan mendapat sambutan hangat daripada peminat.
Wangian tersebut dijual pada harga RM39.90.
Gempak
Fri May 06 2016

Bunkface melalui proses yang teliti untuk memilih bauan yang sesuai dengan jiwa mereka. - Foto Astro Gempak

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Bunkface lancar "Kita Punya Malaysia versi akustik"
Lagu tersebut disuntik elemen baru yang lebih santai namun masih mengekalkan semangat sama.

TMSM: Musang King turun takhta, identiti Zain Ruffedge terbongkar
Agak-agak malam ini siapa pula yang tersingkir.

Bunkface minta 'Tolong' duduk rumah perangi COVID-19
Kumpulan Bunkface melancarkan single baharu, 'Tolong' yang berkisarkan penduduk dunia memerangai COVID-19.

Bunkface tak benci golongan LGBT, tapi lirik video Akhir Zaman dipadamkan YouTube!
Lirik video lagu Akhir Zaman yang telah dimuatnaik di YouTube sejak 26 Februari lalu mencetuskan sensasi apabila didakwa mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT.

Sam Bunkface, Aida sah bercerai Januari lalu
Penerbit rancangan, Aida Azira Hussin mengesahkan sudah bercerai dengan penyanyi Sam Bunkface.

"Ayah puncanya Bunkface berduet Dengan Jeffrydin" - Sam
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam mengakui tujuan mereka memilih penyanyi pop yeh yeh Datuk Jeffrydin untuk berduet dalam single terbaharu, disebabkan oleh bapanya.

Jadi calon awal MTV Europe Music Award, Ayda Jebat terharu
Penyanyi Ayda Jebat terharu apabila namanya tercalon dalam senarai awal pencalonan kategori SEA Social Wildcard (Malaysia) mewakili rantau Asia Tenggara ke Anugerah MTV Europe Music Award 2017.

'Industri muzik bukannya mati' - Norman KRU
Industri muzik Malaysia tidak akan berkubur tetapi sedang mengalami proses transformasi, itu antara reaksi Pengerusi RIM, Norman KRU.
Tidak gemar ke bazar Ramadan, Sam Bunkface lebih suka isteri masak
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam mendedahkan bahawa dia dan isterinya Aida Azira Hussin tidak begitu gemar untuk membeli juada di bazaar Ramadan.

Zainal Abidin, Ning, Hujan, Bunkface kongsi pentas di DFP Seni Fest 2014
Zainal Abidin, Ning Baizura, Hujan dan Bunkface bakal berkongsi pentas di Konsert Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Seni Festival 2014.