SELEPAS 23 tahun lagu berjudul Rabiatul Adawiyah dipopularkan oleh kumpulan Inteam, kini mereka memilih Khai Bahar untuk tampil bersama dalam pembikinan nyanyian semula lagu ini dengan judul Rabiatul Adawiyah 2024 (RA24)
Kata Syah Inteam, kerjasama bersama Khai Bahar menerusi remake Setanggi Syurga pada tahun 2020 mendapat sambutan luar biasa sekali gus menjadikan projek kedua mereka menjadi realiti pada tahun ini.
"Kami pernah bekerjasama dengan Khai Bahar di dalam 'remake' lagu Setanggi Syurga sebelum ini pada tahun 2020, dan kami melihat kerjasama tersebut sangat serasi dan mendapat sambutan hangat dari peminat serta suara Khai juga sesuai dengan lagu-lagu Inteam," katanya.
Sementara itu, akui Khai, minatnya pada lagu-lagu Inteam melancarkan projek kolaborasi terbabit.
"Saya memang meminati lagu-lagu Inteam dan pernah menyanyikan lagu-lagu mereka secara 'cover' di media sosial.
"Lebih istimewa lagi, lagu Rabiatul Adawiyah ini adalah di antara lagu yang sangat disukai oleh arwah Ibu saya, dan pastinya ia menggamit nostalgia yang indah," katanya.
Untuk rekod, lagu Rabiatul Adawiyah pernah dimuatkan di dalam album Inteam berjudul Impian Kasih yang dilancarkan pada tahun 2001.
Lagu ciptaan Munif Ahmad dari Kumpulan Hijjaz dan lirik oleh Abdul Kahar ini mengisahkan tentang serikandi sufi bernama Rabiatul Adawiyah.
"Lagu ini sangat bermakna untuk dihayati lebih-lebih lagi dengan ketibaan Ramadan kerana ia menceritakan kisah perjalanan seorang hamba Allah iaitu serikandi yang mencari Tuhannya dan akhirnya hanya meletakkan cinta Allah di dalam hatinya mengatasi segala-galanya" jelas Hazamin menceritakan tentang maksud lagu ini.
"Susunan muzik oleh Chaan kali ini lebih segar dan mengikut arus semasa namun tidak sesekali menghilangkan keaslian dan penghayatan asal lagu ini.
"Durasi lagu juga dipendekkan sedikit dengan sebahagian besar lagu dinyanyikan Khai Bahar dan sebahagian lagi oleh Inteam sendiri," tambah Rahim Inteam.
Apabila ditanya mengapa sering menghasilkan lagu lama nyanyian semula dan tidak lagu baharu, Hisyam menjawab sudah menjadi kebiasaan Inteam.
"Sebenarnya sejak sebelum pandemik, kami telah menghasilkan lebih 10 lagu baharu seperti Labbaikallah, Love of God, I Love Muhammad, Sollu Alan Nabi, Gapura, Selimut Kasih dan lain-lain, cuma sudah menjadi kebiasaan bagi kami menjelang Ramadan untuk menyanyikan semula lagu lama dan berduet dengan artis arus perdana.
"Ini kerana lagu-lagu lama ini ada unsur nostalgia dan kami cuba memperkenalkan semula lagu-lagu berkualiti terdahulu kepada generasi sekarang yang mungkin masih belum dilahirkan ketika lagu ini dilancarkan dahulu," jelasnya.
Lagu Rabiatul Adawiyah 2024 dilancarkan pada 8 Mac 2024 dan kini berada di seluruh platform digital seperti Spotify, Deezer, Apple Music, Kkbox termasuk rangkaian YouTube Inteam Digital. -Gempak
Gempak
Sun Mar 10 2024

Kerjasama bersama Khai Bahar menerusi remake Setanggi Syurga pada tahun 2020 mendapat sambutan luar biasa sekali gus menjadikan projek kedua mereka menjadi realiti pada tahun ini. -Gempak
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

'Lagu ini sangat disukai arwah ibu saya' - Khai Bahar dipilih Inteam untuk Rabiatul Adawiyah 2024
Kata Syah Inteam, kerjasama bersama Khai Bahar menerusi remake Setanggi Syurga pada tahun 2020 mendapat sambutan luar biasa sekaligus menjadikan projek kedua mereka menjadi realiti pada tahun ini.

Harum Setangkai Doa dedikasi Inteam buat Suhaimi Saad
Pemergian Allahyarham pada usia yang muda telah mengejutkan peminat industri muzik tanahair.

Cabaran 12 jam kumpul RM1 juta buat pelarian Syria
Inisiatif bersama Peduli Insan itu bertujuan mendalami keperitan serta berkongsi kepada masyarakat tentang realiti kehidupan sebagai seorang pelarian di negara bergolak itu.

Bantu dan salurkan sumbangan buat saudara di Syria
Kempen Musim Sejuk siri ke-10 akan memfokuskan kepada dua inisiatif, iaitu Suapan Kasih Syria dan Selimut Kasih Syria.

Kolaborasi istimewa Inteam, Sam Bunkface dalam Mencari Sinar
Mencari Sinar merupakan sebuah karya baharu yang mana melodi dan lirik asalnya ditulis oleh Allahyarham Ahmadi Hassan.