Lady Gaga terpaksa membatalkan persembahannya akibat kecederaan di kaki.

Kecederaan yang dialami dua bulan lalu diperkatakan semakin serius sehingga penyanyi itu dilaporkan tidak boleh berjalan.

Gaga melahirkan kekecewaan menerusi akaun Twitternya disamping terpaksa membatalkan empat persembahan antaranya di Chicago, Detriot, Ontario dan Kanada bermula 13 hingga 17 Februari.

Penyanyi berusia 26 tahun ini menyatakan tidak mampu merahsiakan kecederaan yang dialami apabila tidak mampu berjalan selepas persembahan di Montreal.

Siri jelajah "Born This Way Ball" dijangka akan diteruskan mengikut jadual dengan persembahan seterusnya di Philadelphia pada 19 Februari.