Orang ramai berpendapat kritikan filem oleh pengkritik atau pengulas filem mempengaruhi keterujaan penonton lain.

Dalam satu survey yang dijalankan Astro AWANI, sebanyak 37 peratus bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Seramai 31 peratus lagi merasakan perkara itu sangat mempengaruhi seseorang untuk menonton filem.

carta

Ini susulan perdebatan hangat antara pengarah filem Ahmad Idham dengan kurator @twt_filem di laman media sosial Jumaat lalu.

Beberapa pendapat melihat kritikan dan ulasan oleh pengkritik filem tempatan kadangkala boleh menjatuhkan industri filem tempatan.

Namun menurut Editor Gala TV, Syazwan Zakariah berpendapat pembikin filem harus menerima apa jua kritikan dengan terbuka.

“Pembikin filem harus menerima kritikan kerana ia asas perniagaan. Mereka harus berfikiran terbuka, ambil positif dengan apa juga kritikan” katanya kepada Astro AWANI.



Syazwan juga berpendapat penerbit filem sendiri tidak tahu filem apa yang perlu diterbitkan dan itu kadangkala menjadi punca filem mendapat kurang sambutan.

“Pembikin filem harus melihat demografi golongan sasaran dan dengan fokus itu boleh tahu filem mana yang sesuai dengan penonton yang bagaimana” katanya lagi.

Orang ramai turut mengulas kenyataan dari Syazwan di Twitter Astro AWANI.