Linda Hamilton pernah meletakkan standard baharu bagi pelakon aksi wanita lebih 30 tahun lalu, namun kembalinya aktres itu dalam francais filem Terminator menunjukkan ia lebih daripada suatu perjalanan 'pencarian jiwa'.
Hamilton, 63, kembali disatukan dengan Arnold Schwarzenegger dan pengarah James Cameron dalam filem Terminator: Dark Fate, yang dijadual memulakan tayangan di Amerika Syarikat pada Jumaat.
"Saya seumpama berdepan dengan krisis kewujudan pada permulaan filem. Saya tidak pernah berasa lebih sunyi dalam hidup berbanding ketika saya baru mula (menceburi industri). Itu bagaimanapun bukan cerminan tentang apa yang berlaku dis et penggambaran dan di sekeliling saya. Ia tentang apa yang bergejolak dalam diri saya sendiri,” ujar aktres itu.
Berlatarkan susur masa dua dekad selepas Hamilton memainkan peranan Sarah Connor menjadi ibu yang gagah dan bertempur dengan cyborg dari masa depan demi menyelamatkan anak lelakinya dalam Terminator 2: Judgment Day, filem terbaharu bakal menyaksikannya bergabung dengan seorang manusia berkeupayaan luar biasa.
Mereka akan berganding bahu untuk menyelamatkan seorang pekerja kilang wanita keturunan Mexico, tentunya dari ancaman penghapusan ‘terminator’ yang datang dari masa depan.
Hamilton berkata dia mempersiapkan fizikalnya selama setahun untuk membawakan watak itu, selain kembali ‘mendalami pemikiran dan emosi Sarah Connor – termasuk kekecewaan, kesakitan, rasa bersalah dan aspek lain yang jauh lebih mendalam’.
Aktres itu, yang pernah menjadi pasangan hidup Cameron dari tahun 1997 hingga 1999, mengetepikan pujian yang pernah diterimanya ketika membawa watak Connor sebelum ini, yang mengangkat karakter wanita lasak dan gagah.
“Itu cuma kerja seorang pelakon yang kebetulan seiring dengan waktu kejadian. Bukannya saya tidak melakukan tugas dengan baik, namun audiens sedunia juga boleh menerima watak itu dengan baik.
"Maka, saya cuba untuk kekal seimbang dan tidak memikirkan sama ada saya ini ikon atau memiliiki legasi,” jelasnya.
Dalam keterujaan kemunculan francais terbaharu itu, Hamilton juga tetap tidak sabar untuk kembali kepada kehidupan yang disifatkannya sebagai ‘tidak dikenali’ di kediamannya di New Orleans.
"Selepas tayangan bermula, saya hanya mahu, seperti duduk di bawah tanah, dan jadi ‘halimunan’ seketika,” katanya.
Agensi
Thu Oct 31 2019

Dalam keterujaan kemunculan francais terbaharu itu, Hamilton juga tetap tidak sabar untuk kembali kepada kehidupan yang disifatkannya sebagai tidak dikenali di kediamannya di New Orleans. - Reuters

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Peguam Johnny Depp jadi buruan Hollywood
Peguam Johnny Depp, Camille Vasquez dilaporkan menerima banyak tawaran dari Hollywood selepas berjaya mencuri perhatian semasa perbicaraan saman malu antara anak guamnya dan aktres Amber Heard.

Aktres popular Indonesia, Ria Irawan meninggal dunia
Aktres popular Indonesia era 90-an, Ria Irawan disahkan meninggal dunia akibat kanser pada Isnin.

Saksi sahkan status perkahwinan Bung Moktar dan Zizie Ezette
Seorang saksi mengesahkan di Mahkamah Sesyen di sini bahawa pernikahan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan Datin Seri Zizie Ezette Abd Samad adalah sah mengikut syarak.

Krisis kewujudan Linda Hamilton apabila kembali ke francais 'Terminator'
Hamilton, 63, kembali disatukan dengan Arnold Schwarzenegger dan pengarah James Cameron dalam filem 'Terminator: Dark Fate'.

Master Z: Michelle Yeoh kongsi pengalaman bersama pengarah Woo Ping
Aktres kelahiran Ipoh itu berkata filem terakhir arahan Woo Ping yang dibintanginya ialah Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword of Destiny.

Pakai gaun seksi, aktres Mesir berdepan hukuman penjara lima tahun
Aduan itu dibuat berdasarkan dakwaan pemakaian Rania itu tidak mematuhi nilai dan budaya masyarakat.

'Saya tak kenal dia ...' - Zahirah Macwilson bermasalah dengan Rita Rudaini?
Pelakon Zahirah Macwilson terkejut apabila namanya dikaitkan dengan aktres Rita Rudaini.

Saya tak ambil dadah - Fathia Latiff
Pelakon Fathia Latiff memberitahu kesan lebam di kawasan matanya bukan kerana kesan pengambilan dadah.

Wawa Zainal, Bella Dally dan Umie Aida teruja Deepika Padukone datang KL
Deepika menerusi akaun Instagramnya memuat naik gambar Menara Berkembar Petronas tengah hari tadi dan entri itu mendapat perhatian bukan hanya orang awam bahkan juga artis tempatan.

Remy Ishak dan Puteri Aishah disatukan?
Aidilftri kali ini membawa debaran buat aktor berbakat besar, Remy Ishak dan pelakon yang sedang meningkat naik, Puteri Aishah.