RAMAI peminat muzik metal tanah air sebenarnya mengeluh sebaik berakhirnya konsert kumpulan terkenal dari Jerman, Kreator, Khamis lalu memandangkan tempoh persembahan hanya berdurasi sejam lebih sahaja.
Namun tak siapa dapat menafikan bahawa persembahan yang dihidangkan pada malam itu cukup luar biasa - memukau dan bertenaga - biarpun usia ahli kumpulan masing-masing sudah melepasi 50 tahun.
Pihak media sendiri sebenarnya cukup terkejut dengan stamina dan aksi mereka yang konsisten sepanjang persembahan, tanpa menunjukkan tanda-tanda kepenatan.
Maklumlah semua 15 lagu yang dihidangkan bukanlah berentak perlahan atau diselang seli dengan aksi sederhana, sebaliknya berentak pantas dan heavy belaka.
Miland "Mille" Petrozza, Jürgen "Ventor" Reil, Sami Yli-Sirniö dan Frédéric Leclercq yang menunjangi jenama Kreator tidak sedikit pun memberi ruang kepada peminat untuk berehat.
Sebaliknya mereka terus menghambur - melepaskan segala 'amarah' seumpama mesingan yang terus memuntahkan peluru sebagai tanda ‘terima kasih’ kepada peminat yang selama ini menyokong karier kumpulan itu.
Menganjak usia yang hampir menjangkau 60-an, tidak terbayangkan Mille Petrozza begitu gagah dan bertenaga sekali membanting lagu demi lagu dengan stamina yang tak terbatas.
Persembahan lagu “People of The Lie” misalnya dari album Coma of Souls, mengembalikan satu perasaan ‘kembali 20 tahun muda’ seperti menaiki mesin waktu pulang ke era 90-an.
Ia cukup menghiburkan lebih 2,000 peminat mereka yang hadir pada malam tersebut.
“Kuala Lumpur!” seru Mille Petrozza... “Kreator has returned!," kata-kata itu mengundang jerit-pekik yang bergema di seluruh Zepp KL... 'gemanya' seolah-olah kedengaran sehingga kini!
Sekalung tahniah dan pujian juga sebenarnya harus diberikan kepada pihak penganjur Rockstage Entertaiment yang menyajikan mutu dan sistem bunyi serta pencahayaan yang cukup luar biasa.
Ia juga turut diakui oleh anggota Kreator sendiri sejurus selepas konsert berkenaan sebelum berlepas ke Indonesia untuk persembahan seterusnya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Jan 28 2024

Lebih 2,000 peminat Kreator hadir pada konsert kumpulan metal itu di Zepp KL malam Khamis. - Gambar/ Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Kreator 'rakus' di pentas walau hanya sejam persembahan di Kuala Lumpur
RAMAI peminat muzik metal tanah air sebenarnya mengeluh sebaik berakhirnya konsert kumpulan terkenal dari Jerman, Kreator, Khamis lalu.

Selepas 19 tahun, Kreator bakal kembali gegar pentas konsert di Malaysia
Konsert yang dijadualkan berlangsung 25 Januari 2024 di Zepp Kuala Lumpur itu akan membawa semua peminat mereka menelusuri nostalgia bersama lagu-lagu lama dan baharu.