INI berita baik kepada semua peminat Bollywood!

Bintang popular Bollywood, Salman Khan bakal berada di Malaysia untuk konsert jelajahnya, Da-Bang the Tour 2017.

Diiringi barisan selebriti popular India seperti Prabhu Deva, Bipasha Basu, Manish Paul dan Daisy Shah, konsert Da-Bang, Salman Khan Live in Malaysia akan diadakan pada 14 April ini di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan.

Menurut penganjur GHC Events, Kuala Lumpur menjadi destinasi pertama siri jelajah itu sebelum Hong Kong, Auckland, Sydney dan Melbourne.

Peminat boleh mendapatkan tiket berharga RM2222 bagi zon Sultan, RM999 (zon DaBang), RM777 (zon Jai Ho), RM555 (zon Ready), RM333 (zon Kick) dan RM111 (zon No Entry) di airasiaredtix.com/da_bang.